Blogger Backgrounds

Isnin, 18 Januari 2010

iT cOMpLiCaTED

Layan Movie n Shupping di Hujung Minggu

Weekend datang lagi, perancangan awal telah di buat sejak rabu lagi untuk shupping. Sambil-sambil tu nak layan movie ‘Adnan Sempit’. Dari promo aku tau cerita ni best. Ok lah layan hujung minggu just untuk relax and feel free. Movie ini about satu jam lebih je tapi tak lah sehebat mana, kalu nak betul2 aku kategorikan hanya sebagai drama mcm slot cerekarama je. Tapi macamana jadi filem pun tak tau. 3 binatang (actually bintang). Tapi dalam pada tu aku gelak memang tak hingat di tambah panggung yang full house. Pas layan movie aku nak cari baju keje dgn seluar keje plak. JUSCO menjadi sasaran sebab Parkson mahal lah tak boleh belah dengan poket aku ni. Bab paling lemah dalam shupping adalah pusing satu department baju untuk memilih dengan keserasian fesyen dan harga. Letih lah jugak last2 beli satu seluar dengan 2 helai kemeja hehehh warna peach dgn purple cam warna autosalon plak tapi xlah fancy sgt warna tu.



Peti Ais Baru
Seperti yang di impikan dengan bonus RM500 yang dapat baru-baru ni, aku Berjaya membeli peti ais pada 16 Jan 2010. Walaupun harga target adalah Rm500 tetapi oleh kerana ketiadaan peti ais berharga berkenaan jadi terpaksalah aku membeli di luar bajet. Well aku berpuas hati dengan apa yang aku putuskan. Tambah sikit je guna duit ASB kan dah untung 8.55% bolehlah untuk keuntunggan tabungan daripada tiada apa. Peti ais baru bermakna kenalah masak kat umah selalu, stok bahan mentah tak beli banyak sangat, menu pertama dari peti ais adalah Kueh teow gureng untuk breakfast semalam. Bakat memasak memang ada, jangan pandang sebelah mata, cucuk kang terus takde mata. Menu tengahari plak adalah kari ayam cara aku so sedap tak sedap cara aku jugak. Boleh ke sehari jimat RM10 ni coz tak makan kat luar? Jawapan nya dimana ada kemahuan di situ ada penjimantan.

Mengemas Rumah

Sepetang aku mengemas rumah, peh berpeluh kepuasan. Nak organize balik bilik-bilik ni, coz banyak sangat barang kereta. 2 baju kereta kat dalam bilik ni. Aku wrapping satu persatu, kena bab bonet belakang dengan pintu aku yang ter wrapping dengan plastic tu…hampeh…punyalah seksa wat keje sorang-sorang. Aku plan nak guna bilik tengah ni untuk stor logistic barang-barang keta aku ni. Di samping kotak-kotak dokumen yang entah apa2 aku simpan, balik Kurusu je goodies beg terus sumbat dalam bilik pastu penuh. Sedang aku membuka kotak-kotak itu aku terpandang sesuatu yang member memori kepada ku. Ya gambar dia..terus aku terduduk merenung gambar itu dengan penuh makna, serta merta segalanya terpapar. Aku sedih, senyum dan kesal dengan semua itu. Tapi siapalah aku untuk itu. Ku selitkan gambar itu di dalam planner ku. Sentiasa mengingati untuk keredaan hati.