Blogger Backgrounds

Rabu, 20 Januari 2010

Teringat Dia


Merenungi berita banjir di Sabah membawa aku kepada seseorang dan pasti nya orang yang sama seperti nukilan-nukilan ku yang lalu. Tambahan pula gambarnya ada di dalam planner terbaru ku. Untuk apa yea?

Persoalan yang kerap kali di lontarkan di benak ku ini. Tak mengapa asalkan dia juga mengingati ku ini sebagai insan ataupun sebagai monumen seperti monumen2 perang yang ada. Sekadar di ingati di hari-hari tertentu tanpa ada penghayatan yang mendalam mengapa ia menjadi monumen.

Aku tidak begitu, Aku tetap aku di sini dengan kehidupan dan tanggungjawab yang dirasakan ada kalanya berat dan adakalanya tak pasti adakah itu sebenarnya tanggungjawabku. Menelusuri hari-hari dengan tiada tujuan yang aku rasakan betul2 pasti, sekali lagi lontaran untuk apa semua ini juga muncul.

Dah lama aku mencari hidup aku ini untuk apa? Pergi kerja untuk apa? Memuja untuk apa? Mengingati untuk siapa? Mencintai untuk siapa? Bernafas ini untuk apa? Melayani perasaan untuk apa? Ahh pelbagai-pelbagai persoalan manusia biasa terbit. Setiap kali menatapi gambarnya aku rasakan dia seperti dekat denganku, seperti peristiwa itu semalam ia berlaku dan juga seperti kehangatan tangannya baru sahaja aku lepaskan dari gengaman ini. Seakan tersedar dari mimpi bahawa itu semua telah lama berakhir, sedarlah dunia relaiti ini tiada maknanya.

Harap aku temui insan baru sepertinya. Realiti? Harapan? Persoalan lagi……..tiba masanya akan aku rungkaikan insan itu………………….