Blogger Backgrounds

Khamis, 11 Februari 2010

Hello Kelantan

aku bergerak dari rumah jam 12.30 pagi semalam, menempuh perjalanan yang penuh kenangan sekitar jam 2pagi-4 pagi. yea sudah tentu perjalanan Mersing-Endau-Tg Gemuk-Kuala Rompin-Nenasi-Pekan-Kuantan. Apa yang aku bayangkan sepanyang perjalanan hanyalah suatu kenangan yang indah dahulu, tak sangka dalam kegelapan malam itu aku tersenyum panjang sendirian. Uh sungguh manis semuanya sukar di gambarkan dengan kata-kata. Aku lega dengan semua itu.
perjalanan ke kota bharu ini banyak membuatkan aku kerap berhenti kerana terlalu mengantuk, bahaya jika di teruskan. Sehingga lah jam 1 tghari barulah aku tiba ke Kota bahru. Check in hotel selepas itu pi makan tengahari. Cuma ada sedikit kenangan semasa di Paka, brhenti bfast di sebuah kedai, pelayan wanita di kedia itu lain macam ku rasa, mesra semacam apabila berhadapan dengan aku sehinggakan nak bayar pun dia masih duk dekat dengan aku seperti ada sesuatu yang di minatinya, aku perasan itu semua tapi apa boleh buat, aku bukanlah mudah dengan itu semua, dia seakan terlalu suci untuk semua, perjalana diteruskan. selamat tinggal awek paka..esok hari baru...