Blogger Backgrounds

Selasa, 16 Mac 2010

Jiwa ? Kehendak? Keputusan? Keputusan?

Bermula dari minggu lepas jiwa aku seakan tidak konsisten, aku tau kerana unit baru aku ini. Aku memang tak dapat feeling dengan unit ini. Kerenah bos juga banyak mempengaruhi kerja aku ini. Kebanyakkan apa yang dia suruh buat astly berubah kea rah perkara lain. Aku letih dengan keputusan tidak konsisten. Mualanya nak A, construct A. Pergi jumpa dia kali kedua nak B pulak??? So sia-sia construct A tadi. Ini lebih ketara apabila berurusan dengan pihak luar, sedikt sebanyak menunjukkan kita tidak konsisten dalam membuat keputusan. Ada kalanya aku berpandangan dengan penolong pegawai aku. Ada masa aku merunggut kepada nya “apa yang kita buat ni?” Tiada pencapaian. Sia-sia pergi kerja, aku tak boleh terus berkeadaan begini anatara aku akan jadi terus pasif ataupun aku akan terus kusut begini.

Happy first anniversary kepada Blog aku

Wau dalam rancak menaip dah masuk setahun aku menulis. Emm kalu diari tahunan dah kira boleh tutup buku n mula dengan buku yang baru. Banyak catatan yang aku telah ukirkan di sini, pahit maung luahan dari seorang yang punyai impian untuk masa depan. Terima kasih kepada yang setia membaca coretan aku di sini. Percayalah setiap yang negative atau positif itu ada pengertian tersendiri, ia hanya perlu penilaian yang sempurna bagi yang menghayatinya.

Melihat Mata Hati, Merasai Jiwa di Hati


Tak tahu nak kata apa, peristiwa minggu lepas begitu menyedarkan aku, berfikir jauh ke dalam benak pemikiran adakah selari dengan hati. Aku letih dengan sesuatu yang aku tak pasti, tapi dalam masa yang sama aku begitu pasti dengan reality. Ada jiwa yang harus aku ambil berat dengan sepenuh penghayatan. Aku akan berazam untuk itu. Tak tahulah macamana aku nak luahan dengan penulisan sedangkan dengan pemikiran juga aku gagal menjelaskanya. Tapi aku pasti hatiku di sana.