Blogger Backgrounds

Jumaat, 19 Mac 2010

Merombak Struktur Kewangan



Aku mengambil keputusan untuk merombak semula segala yang berkaitan dengan gajiku. Ini termasuk simpanan dan juga komitmen aku kepada perkara-perkara yang melibatkan kewangan. Sedar atau tidak aku sebenarnya telah membuat tabungan hampir 50% dari gaji bersih ku? Dalam konsep tabungan ini sebenarnya adalah salah. Sungguh aku tak perasan dengan hal ini. Setelah di buat perkiraan semula ternyata jika di campur-campur ianya benar.

Aku terpkasa membuat rombakan ini memandangkan aku punyai komitmen baru terhadapa bayaran rumahku. Projek rumah dah siap 45%, projek on time. Setelah penstrukturan semua aku dapati baki bersih di tangan semakin sedikit. Mungkin sementara coz aku membayar 2 rumah ketika ini iaitu rumah sendiri dan juga rumah sewa. Di hitung kira mungkin apabila rumah sendiri siap sekitar bulan 3 2010 aku dapat menjimatkan kos rumah sewa. Takpelah hanya sementara.

Seperti tertulis di rentetan blog yang dulu, aku ada menaruh harapan untuk memiliki sebuah jentera yang baru. Alkisahlah pula aku tertarik dengan Grand Livina, survey punya survey harga memnag agak mantap bayaran bulanan. Tapi tak tahulah lagi. Honda walaupun aku ada hati tp terpaksa di lupakan sedikit demi sedikit.

Usia dah meningkat di rasakan MPV sesuai untuk masa depan.Hai bilalah impian ni jadi kenyataan. Sambil-sambil tu juga aku dah mula mensurvey hiasan dalaman rumah dan juga sudut taman di rumah. Harga sekadar survey2 gitu je, tapi kalu di kira betul2 aku rasa abis gak dalam 20k untuk semua itupun tak lengkap lagi. Haiii beserah je lah. Bila nak kawen ni????