Blogger Backgrounds

Rabu, 31 Mac 2010

Mengingati Din Beramboi



Mengenali beliau seawal umurku 13 tahun melalui lawak-lawak nya di dalam kaset, memang terhibur seterusnya beliau pernah dijemput menjadi DJ di THR slot setiap Isnin –Khamis jam 2.30 petang. Ketika itu ERA Fm masih belum wujud lagi.
Memang tiap-tiap hari aku duk dgr beliau ni bila keudara selepas balik sekolah pagi sambil layan wat keje sekolah. Adakala aku tertidur. Watak syasha memang aku tunggu dengan mulut yang laser dan secara terus. Sedar atau tidak ketawanya kita adalah mentertawakan diri kita sendiri. Lawak itu adalah dari kehidupan seharian kita. Sedar atau tidak perangai aku mula terpegaruh dengan jalan cerita lawaknya. Menyebakan kini aku juga mampu untuk membuat lawak secara spontan.

Antara skrip ketika itu yang aku masih ingat

Melakonkan watak Awie Wing “ Awie kalu wat konsert dan lupa lirik awie suruh penonton nyanyi, jadi tekak awie tak sakit duit konsert pun dapat”

Banyak yang aku ingat sampai lah beliau kini menjadi DJ di Era FM bersama Aznil. Akun sentiasa menanti drama sebabak darinya. Tapi kini kita hanya mampu berdoa semoga saat itu kembali lagi. Insyaallah.