Blogger Backgrounds

Khamis, 22 April 2010

Percent naik?


Aku tak faham dengan situasi ekonomi Negara, orang kata ekonomi teruk kita pun teruk? Ingat 1997? Teruk sungguh…Ok bagaimana pula sekarang? Ekonomi dah pulih kata Menteri Utama yang berasal dari Pekan Pahang, ligat ke sana ke mari mencari peluang pelaburan untuk pelabur. Aku yang buta pasal ekonomi ni pun ingat dan percaya bahawa kita telah lepasi gelombang 1997. Jadi macamana? Ekonomi dah pulih adakah kita pun boleh hidup selesa? Jawapan kita selesa tak pernah ada jika kita hayati betul2. Kita tak perlu jadi seoarang yang expert dengan ekonomi untuk melihat perkara2 asas di sekeliling kita. Bagaimana harga barang? Minyak punca segalanya…Jadi apa erti pulih atau pun meleset..tiada apa-apa perubahan bagi kita yang rakyat biasa ni.
Kita belum lagi recover sejak 1997 hari tu.Kita cuma hidup dgn masa yg dipinjam.Semua company/bank yg sepatutnya lingkup samada di malaysia atau US, hidup atas injection (bailout) duit monopoly.Sejak tahun 1997, inflasi naik 3 kali ganda.....tapi gaji fresh grad masih sama mcm 1997 jugak.dulu masa Great Depression, US ambik masa 25 tahun, dari tahun 1929 sampai 1954 utk pulih.cuma kali ni, punca masalah bukan mcm thn 1929 dulu.Samada blh pulih dan balik mcm asal takde sapa yg tau..
Berbalik kepada percent yang naik, weekend lepas aku berkesempatan pergi ke show room Tan Chong Motor pengedar Jentera Nissan di Malaysia. Nak tengok-tengok jentera yang menjadi target utama aku tahun ini. Wau 2 bulan lepas percent nya 2.80 untuk 9 tahun dan bayaran bulanan untuk 108bulan adalah RM881 dengan deposit 10%. Bagaimana pula dengan percent aku lihat hari ini? Yup 3.40% untuk 9 tahun dan bayaran bulanan untuk 108bulan adalah RM1051.. Peh tinggi naik, terus meneguk air liur untuk sebuah jentera 1.6 berharga 88k. Apa sudah jadi? Sekelip mata kau berubah?

Berkira-kira sekarang bukanlah masa terbaik untuk membeli jentera. Sedangan jentera second percent semakain naik 4.30% untuk 9 tahun. Kalu dikira-kira sama je cm amik kereta baru. Mengapa?
Kereta baru nilai tinggi (88k) percent rendah (3.40%) =100k
Kereta second niali rendah (68k) percent tinggi (4.30%) =90k
Ekonomi oh ekonomi