Blogger Backgrounds

Isnin, 3 Mei 2010

Apa itu salam 1 malaysia?



Entahlah aku pun tak tahu bila semua ini terjadi, semasa pelantikan PM terkini ni aku berkursus induksi di Port Dickson.
Hal-hal bab mengikut2 ni mudah je popularnya, hakikatnya aku pun tak tau apa makna sebenarnya salam ini, aku bukanlah jenis orang yang terus mengikut tanpa sebab dan kerelevanannya. Tapi membuat aku terfikir dulu apa semua ini? apa simboliknya?
Di akhiran ini semua orang dimesia ni sana sini penuh dengan angka 1 yang bertatahkan bendera Malaysia kat belakang tu. Nanti lepas 1Malaysia, akan ada 2Malaysia 3Malaysia.. diikuti dengan beratus-ribu Malaysia. Heh. Apa jadi dengan Cemerlang, Gemilang Terbilang, Wawasan 2020 dan sebagainya slogan dedulu tu? Habis digantikan dengan 1Malaysia eh? Islam yang Hadari juga telah tiada, batik itu batik ini juga telah tiada.
Mengkikis minda orang Malaysia ni cukup mudah bila ia di lakukan oleh mereka di tahap tertinggi. Orang yang populor juga
Tapi 1Malaysia neh betul-betul menyakitkan hati aku lah. Apa yang aku sakit hati sangat dengan 1Malaysia neh?

Hakikat yang sekarang ini, pengacara majlis, DJ Radio, pengacara bidang terjun, hos tv.. semua pakat-pakat gantikan Assalamualaikum dengan perkataan Salam 1Malaysia. Apa bendanya salam 1Malaysia? Apa aku nak kena jawab kalau dengar orang ucap Salam 1Malaysia kat aku?

Kalau tak mereka gantikan Assalamualaikum, mereka gantikan pula dengan macam neh 'Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia'. Setahu aku bagi menghormati mereka yang bukan Islam, kita ucapkan Salam Sejahtera. Sejak bila salam sejahtera neh berganti dengan 1Malaysia?. Yang tang salam sejahtera tu tak banyak la, yang banyak tentulah... hi semua... Salam 1Malaysia.
Cis, rasa nak sepak je pengacara majlis tu. 1Malaysia 1Malaysia jugak bang akak. Salam 'Assalamualaikum' tu tak boleh revert back macam asal ka? Serius aku rasa annoying la dengan Salam 1Malaysia neh. Nanti habis generasi jumpa pakcik makcik depa cakap 'Salam 1Malaysia, pakcik' sambil cium tangan.
Hoh.... tak mampu aku nak bayangkan bagaimana aku nak explain yang Asslamualaikum itu tidak sama dengan Salam 1Malaysia. Dulu-dulu boleh juga terangkan Assalamualaikum tu untuk orang sesama Islam, Salam Sejahtera tu untuk yang bukan beragama Islam. Dah Salam 1Malaysia camne pulak tu?
aku percaya lambat laun bila berubah kepimpinan negara ini akan ada pula slogan lain yang menjajahi minda untuk mengikut2. Sama ada kesan nya baik atau tidak terserah bagi yang mencipta. Aku tak berani nak kata salam 1 melaysia tu tak baik atau negatif, cuma kadangkala takut kehormatan bersapa dari keagamaan itu hilang.