Blogger Backgrounds

Isnin, 19 Julai 2010

Ke Ekspo Kediaman Moden



Kunjungan ke ekspo ini juga telah di rancang sejak sebulan yang lalu selepas aku mendapat info promosi dari bunting yang digantung di tepi-tepi jalan. Habis hampir 5 jam masa aku di ekspo ini. Tidak terasa lama masa berlalu akibat survey sakan aku. Dapat lagi quotation baru untuk interior design, setakat ni, inilah rege terbaik aku dapat.
Aku puas hati dengan info yang diberi oleh pihak syarikat. Terdahulu di sebelah pagi aku memenuhi temujanji dengan seorang kontarktor yang ingin melihat on side umah aku untuk mengira panjang pagar, plaster ceiling serta kolam ikan. Anggaran kasar di perolehi, tapi aku dah memaklumkan kepadanya dari awal lagi aku akan buka kepada 2 atau 3 kontraktor lain bagi tujuan mendapat harga terbaik iaitu umpama tender lah ni.
Penting bagi mendapat harga terendah dengan kualiti yang sama. Yelah kita kan pengguna so bijak memilih mungkin satu kelebihan di samping mendapat ilmu-ilmu dari diaorang secara tak sengaja. Masing-masing up diri mengatakan yang terbaik. Adat orang berniaga.