Blogger Backgrounds

Isnin, 26 Julai 2010

Bila aku berkira dengan kerja


Prinsip aku mudah, keje untuk kepuasan aku tak pernah terfikir pasal ganjaran selain apa yang aku tahu hanya gaji di akhir bulan. Aku tak pernah berkira dengan kerja dan membahagikan kerja kepada pendapatan sehari. Ooo sehari RM 100 so aku buat macamana dengan nilai itu sahaja. Jauh jauh malah tak terfikir langsung pasal perkara ini. Prinsip asas aku bekerja untuk kepuasan. Kepuasan dalam membuat kerja, kepuasan dalam hasil yang di perolehi.

Tetapi peristiwa hari ini benar-benar mahukan apa yang aku tak pernah fikir itu supaya aku lakukan. Ok jika itu yang kamu mahukan, aku menurut sahaja. Tiada lagi kerja lebih masa, tiada lagi komitmen suka2 datang kerja/program dihujung minggu, masuk 8 balik jam 5. Enough is enough kamu nak aku jadi macamtu kan. Aku akan mulakan corak itu dalam keadaan penuh terhormat.