Blogger Backgrounds

Selasa, 24 Ogos 2010

Berbuka Bersama Rumah Anak Yatim Darul Izzah Bangi

















Ahad lepas aku berkesempatan berbuka bersama anak-ank yatim daru rumah anak yatim Darul Izzah bersama Kelab Keretaku. Mengikut sejarah rumah anak yatim ini telah lama aku jelingi kerana ia betul-betul bersebelahan Lebuhraya Plus arah Selatan. Sejak tahun 1999 lagi, kenapa? Yea dulu aku belajar di Shah Alam so 2 minggu sekali akan pulang ke Johor Bahru menaiki bas secara tidak langsung akan melalui lebuhraya dan bersebelahan rumah anak yatim ini. Dalam hati ada menaruh harapan bilakah aku akan dapat beramal di rumah anak yatim ini.

Akhirnya harapan itu menjadi kenyataan selepas 11 tahun kemudian, bila mendapat tahu bahawa aktiviti ini akan diadakan, aku merasakan peluang sudah menjadi kenyataan.
Walaupun tidak lama di rumah ini sekadar berbuka puasa, tapi aku puas hati hajat yang bermula dengan pandangan kemudian terdetik dihati dan akhirnya kaki berjaya melangkah ke rumah ini. Alhamdulillah.