Blogger Backgrounds

Rabu, 25 Ogos 2010

2 hari bermain



Emm nak cerita pn macam tiada apa, termenung sejenak dihadapan laptop ni. Apa yea nak diceritakan? Tapi yang jelas dalam 2 hari minggu ini aku kurang buat kerja, entahlah aku rasa malas yang amat. Bermain ke sana ke mari, melawat unit orang lain dan sebagainya. 2 hari ini juga aku berbuka puasa di luar. Isnin berbuka puasa bersama jabatan di masjid university dan selasa berbuka bersama rakan-rakan di luar juga. Wah malas betul aku sampai nak buat juadah berbuka di rumah pun dah malas. Haa esok gaji pulak lagi lah kemungkinan berbuka di luar tu tinggi.