Blogger Backgrounds

Rabu, 1 September 2010

Jentera, Manusia dan Kematian



21 Ramadhan jam 3.17 petang aku dikejutkan dengan berita kematian bapa rakanku, rumahnya pun tak jauh dari rumahku selang dalam 4 rumah je tapi dia di barisan hadapan rumah aku. Kemalangan yang meragut 3 nyawa termasuk ibu, adik dan seorang jirannya melibatkan 2 buah kereta. Sejenak aku terimbas segala kenangan lalu bersama arwah. Macam-macam kenangan terlintas. Sejenak kemudian aku teringat akan rakanku itu, kali terakhir aku berjumpa dengannya adalah Aidilfitri lepas, selalunya memang ada saja juadah hari raya dari rumahnya di pagi raya. Tambahan pula dia sudah berkahwin dan duduk di Pasir Gudang jadi Hari Raya sahaja lah kesempatan untuk berjumpa. 10 hai sahaja lagi untuk menyambut Aidilfitri sungguh berat dugaan yang menimpa rakanku itu, kehilangan kedua-dua insan tersayang, aku termanggu berkongsi perasaan.

Bagai satu trend atau satu fenomena yang di angkat, kemalangan adalah satu perkara lumrah menjelang Aidilfitri. Manusia lalai adalah tema utama kepada kesemua kejadian ini samada dari segi pihak berkuasa ataupun jentera itu sendiri semuanya bermula dengan manusia. Pihak berkuasa sibuk mengira Ops static mereka entah nak sampai berapa puluh ratus siri. Tapi hasil nya tetap sama. Sibuk keluarkan saman, buat roadblock itu ini. Tapi secara jujur aku tidak dapat rasakan kesannya. Jentera manusia pun begitu, yang bekereta standart keluar kilang sibuk nak jadi kereta racing di jalanan tapi ilmu serta bajet ciput. Dengan keadaan sedemikian jentera apakah yang dihasilkan, x lain x bukan jentera kematian. Ilmu juga perlu ada dalam melengkapkan ini semua.

Fenomena menangani dan mencegahi yang di laungkan pihak berkuasa aku tidak anggap gagal cuma kaedah yang harus ditukar sebab selama ini kemalangan tetap berlaku, bila dah lama dengan kaedah itu Nampak sangatlah logika nya tidak sesuai. Di katakan saman boleh mendidik pengguna? Aku 100% tidak bersetuju. Mendidik bukan dengan cara duit, sebab semua orang ada duit. Fikirkan.

Manusia juga harus bijak membela jentera mereka dalam memastikan selamat dijalanan. Jangan sibuk cakap orang bikin kete itu gila. Sebab kami tak gila lah kami berhabisan ribuan ringgit untuk suspensi untuk keselamatan dalam mengambil selekoh dsb. Contoh mudah aku beri, kereta tinggi suspensi standart kilang berbuai masuk selekoh 120kmj, apa jadi? Over steer bos makan line sebelah, kalu nasib baik lori menanti, kalu nasib xbaik terbabas ke tepi.Fikirkan
Ilmu juga perlu bagi semua orang, jangan dengar cakap-cakap orang sebaiknya selidikki yang mana baik yang mana buruk, kenapa perlu servis kereta bila mencapai 5000km? sebab itu orang bijak pandai cipta kereta dah tetapkan jadi kita yang xberapa bijak ni haruslah belajar. Kenapa perlu tukar tayar setiap 2 tahun walaupun bunga tayar byk lagi? Itu juga memang orang bijak pandai tetapkan, nak tahu sebab selidik lah ruang maklumat, banyak dah sekarang internet di depan jari tekan je lah. Bukan buka internet main game FB sampai mati pun camtu jugalah jadinya. Fikirkan

Takziah untuk rakanku Faizol bin Salleh semoga tabah dengan dugaan ini. Aku memahaminya.