Blogger Backgrounds

Jumaat, 3 September 2010

Nak dekat Raya Dah?


Alamak pejam celik pejam celik nampaknya dah 24 hari kita berpuasa di Malaysia ini. Cehh macam aku duk Tokyo plak sebelum ni berbicara sedemikian. Sebenarnya aku dan Tokyo tiada apa kaitan kecuali aku begitu taksub dengan arena permotoran di sana. Itu pembuka bicara, masalah sekarang adalah kenapa dah 24 hari berpuasa ni? Tak sedar sebab sibuk dengan kegiatan harian atau tak sedar sebab tak menghayati bulan keberkatan ini. Yang pasti masa memang cepat berlalu maklumlah akhir zaman kan.

Persiapan rasanya semua dah beres bermakna tiada bajet lagi kecuali pengeluaran duit raya sahaja. Tapi tak rasa pun macam nak raya, mana pulak perginya mood raya ni, setahu aku mood raya ni memang dah lama hilang kerana aku sudah semakin tua, keriangan hanya di zaman kanak-kanak. Yang ada Cuma feel balik raya sahaja sebab aku duduk diperantauan, kalau duduk di kampung juga lagilah terus takde rasa beraya.

Dalam pada kesibukan dengan ramadhan aku teringat si dia, ah biarlah tak elok di kenang tapi manis di senyumi. Dunia hadapan ini pasti menjanjikan reality, dunia lalu yang indah untuk pengubat alunan lara.Selamat berpuasa hari ke 24 keatas untuk si dia dan juga selamat menyambut aidilfitri walau dimana berada.