Blogger Backgrounds

Khamis, 23 September 2010

Kes Jutawan Nouvelle Visages dari kaca mataku



Pertama sekali aku mengenali jutawan ini dari perkahwinan beliau dengan penyanyi Nash, mengambil gambar kenangan perkahwinan dengan deretan anak di kedua pihak. Itu sahaja. Tak lama kemudian dengar dia bercerai dan kecoh pasal harta hingga setelah kematiannya kes masih tidak selesai. Selepas itu kecoh sekejap dia di tangkap khalwat di bilik hotel, namun dia memberi penyataan bahawa telah berkahwin di Thailand secara senyap dan belum mendaftarkan perkahwinan di Malaysia. Ini semua rentetan bagaimana aku mengenali arwah (jika keputusan DNA sah dia dah meninggal)

Beliau tiba-tiba muncul di paparan berita Buletin Utama mengatakan telah hilang ketika hendak membeli tanah di Banting bersama 2 orang lain iaitu peguam dan pemandu peribadi, masa itu berita belum memaklumkan bahawa pegawai bank CIMB ada hilang bersama. Duit semasa beliau hilang ada RM4juta, wau menarik sudah pasti aku menjangkakan beliau di culik dan sudah semestinya juga aku menjangkakan beliau akan dibunuh sebab penculik tidak perlu meminta wang tebusan kerana 4 juta sudah di tangan.

Sangkaan aku benar belaka apabila mendapat makluman awal melalui Utusan Malaysia bahawa beliau dibunuh, tetapi dengan lebih kejam lagi dan teori penculikan aku meleset sama sekali. Sudah pasti modus operandi penjenayah begitu hebat dalam kes ini, aku teruja dengan berita yang di sampaikan di samping membaca blog-blog tekaan blogger lain.

Kematian beliau menyebabkan terbongkarnya segala perilaku buruk si perancang utama sehingga di katakan boleh mengaitkan kira-kira 20kes yang lain. Perancang memang hebat tetapi sedikit kesilapan telah dia lakukan. Pekerjanya bukan pembunuh professional, mulut lembik bila di gertak polis habis semua berterabur rahsia. Dalam hal ini aku bukanlah menyokong penjenayah tetapi itu kesilapan yang aku nampak di pihaknya, bagaimana dengan 19kes lain yang tanpa dikesan sebelum ini.

Polis juga dikatakan cekap mengendalikan perihal kes ini, tapi pada aku sayang ia terlambat dengan 19 kes lain dan tidak keterlaluan aku katakan kes ke 20 ini juga telah terlambat. Atau mungkin juga ianya rahsia dan segala gerak geri suspek telah di ikuti? Itu kerja polis aku hanya membaca di paparan media mungkin betul mungkin juga salah.

Kenyataan sidang akhbar pertama Pengarah JSJ juga aku rasakan seakan-akan beliau tidak yakin dengan sidang media tersebut, terpaksa mengadakannya. Apa yang diperkatakan seolah-olah tidak menyakinkan. Pertama kali aku tengok seorang Pegawai Polis tidak yakin ketika berhadapan dengan para wartawan.

Sehingga ke hari ini, keputusan DNA belum dapat dikenalpasti, adakah tulang-tulang yang ditemui itu mereka ber empat sahaja? Atau ada mangsa lain yang berkongsi kubur di sungai yang sama. Sama-sama kita saksikan kehebatan Jabatan Kimia Malaysia.