Blogger Backgrounds

Rabu, 29 September 2010

Aktiviti semput-semput suam






21 Sept 2010 xxBicara Ilmuxx telah dilangsungkan dengan serba tak kena, itu pandangan peribadiku. Aapa itu bicara Tokoh ini? Yup panggil 2 tokoh dan biincangkan berkaitan dengan tajuk yang diberikan. Tokoh yang di panggil memang hebat. Yang Mulia Dato Raja Abdullah Yaakob dan Prof Shahrin Sahib. Bagi pelajar Pengajian Maklumat Raja Abdullah Yaakob memang dikenali dengan hebatnya juga nama glamour Pak RAY. Prof Shahrin pula adalah Dekan bagi Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi dari UTeM ini sendiri seorang yang hebat dari segi komunikasi dan keselamatan rangkaian komputer malah ada yang mengatakan beliau antara salah seorang yang paling pakar mengenai komunikasi dan keselamatan rangkaian di Malaysia ini.





Program berlangsung dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang dan berlarutan melebihi masa ini. Banyak input yang diperolehi oleh peserta kerana kehebatan kedua-dua tokoh ini. Program banyak menafaat kepada semua. Cuma apa yang tidak diketahui umum susah senag di belakang tabir. Bagi aku program ini simple dari susur galur pengurusan. Tapi ada pihak membuatkanya begitu rumit. Senang sahaja pendapat aku mereka adalah dari golongan yang takut akan reality, tidak mahu mencuba, tidak yakin dan yang paling penting bodoh di alam fantasi orang lain bukan dirinya, mereka menganggap mereka pandai tapi hakikat bodoh sebab tidak percaya kata orang berpengalaman. Teruskan hidupmu untuk 8 tahun lagi.