Blogger Backgrounds

Khamis, 14 Oktober 2010

Berbicara apa?



Dalam kesibukan dan kesenyapan kita telah tiba hampir di hujung tahun. Sedar akan kesekejapan 2010, sedar memang sedar tapi apakan daya itu masa yang berlalu kini. Kepantasan ini membawa sejenak kepada apa yang aku telah lalui sepanjang 2010 ini. Rasa nya 2010 tidak segila 2009, itu aku rasakan. Kebanyakan kesibukan itu semua berkaitan dengan kerja. Yelah mana tidak nya 8pagi-5 petang semuanya di pejabat selebihnya berapa jam sangat di rumah. Maka tidak hairanlah hidup kita untuk kerja. Berbicara pasal kerja? Adakah apa yang aku lalui selama ini telah memenuhi kehendak kerja dan hidup ini atau sekadar melaluinya sekadar habis. Itu persoalannya, aku cuba untuk membuat yang terbaik tetapi kadangkala banyak halangan untuk sukses lantaran itu aku membuat kerja sekadar habis lebih menyenangkan hati dan tidak memenatkan otak untuk berfikir secara ligat. Entahlah sampai bila harus begini. Haii kalau lah ada 100k……………..