Blogger Backgrounds

Khamis, 28 Oktober 2010

Apa ni....



Emm dalam 2, 3 hari ni aku rasa seakan kehilangan idea untuk menulis sesuatu di dalam blog ini. Sebaliknya aku leka dengan menghayati blog teman-teman lain. Teman sepejabat dan juga teman-teman blog lain yang aku tidak kenali tetapi aku mengikuti catatan mereka. Yang penting semua tak tahu siapa aku dan apa blogku. Aku lebih selesa begini kerana blog ku bukan berinfomasi sangat sebaliknya hanya apa yang aku gambarkan dan fikirkan. Curahan rasa yang perlu dilepaskan walaupun di saat manis atau di saat mendukakan. Aku juga tidak mahu menjadi blogger copy n paste sahaja. Biarlah blogku tak glamour seperti blog-blog mereka yang hebat. Membicarakan hal-hal semasa dari perspektifku dan juga melepaskan ketidakpuashatian tanpa menguris sesiapa.

Bestkan begini.