Blogger Backgrounds

Selasa, 2 November 2010

Menyediakan Kursus Pengkatalogan Untuk Bersama



Bermula dari entah bilanya aku duk memikirkan kursus catalog ni. Untuk dibawa masuk ke upis aku sebagai Kursus berkategori Khusus. Akhirnya setelah bertukar penceramah hinggalah penceramah terbaru, baru lah segalanya di katakan deal. Perkara biasa muncul di saat-saat akhir iaitu tema kami di sini “buat kerja last minit” bukan aku, bukan staf aku tetapi keputusan atasan. Aku dan semua krewku berusaha untuk membuat segalanya berjalan lancar tanpa melibatkan kegilaan di hujung2 atau di last minit.

Lumrah kalu dah terbiasa akan jadi juga. So dua hari terakhir ini agak kucar kacir menanti keputusan. Syukurlah tidak sehebat sebelum ini. Dapat juga bergerak.

Bengkel kali ini melibatkan 32 staf dalaman dan 13 peserta luar. Harap segalanya berjalan lancar. Aku lebih suka dengan ideology aku “semuanya akan ok di hari reality”