Blogger Backgrounds

Rabu, 3 November 2010

Politik itu Busuk

Politik? Apa tafsiran bagi yang mengerti politik? Bagaimana pula orang yang suam-suam kuku ketahuan tentang politik, lebih malang orang yang tak tahu tentang politik tapi gebang tau lebih tau dari tahu. Dalam minggu ni siaran berita kegemaran aku dipenuhi dengan berita politik. Yang aku rasakan politik berat sebelah dalam memberi kenyataan.

Ingin aku jelaskan, aku bukanlah orang yang suka dengan permainan politik. Tapi bila dah menganggu siaran berita kegemaranku, aku juga menilai. Mudah, mengapa duk cerita satu pihak sahaja tentang kebaikkan dan keburukkan sahaja di sebelah pihak? Rasa aku itu terang-terangan berat sebelah. Aku belajar tak tinggi mana tapi aku yakin orang yang lulus tadika pun tahu apa itu berat sebelah. Mengapa kita tidak boleh bersaing secara sihat?

Kebaikkan di sana kebaikkan di sini. Jika takut akan semua itu, tak payah cerita politik di berita. Meh cerita dunia reality apa itu sebenarnya berita yang biasa aku tonton. Kekadang keburukkan yang di utarakan agak melampau, mengapa semua buruk? Ah aku kusut memikirkan percaturan politik.

Berkali aku katakan politik itu busuk, kalau dah busuk ianya tidak bagus. Mengapa suka benda yang tak bagus. Pertimbangkan lah bagi yang memerhati, nilai sendiri jawap sendiri. Ini bukan kisah gossip artis yang kita memang suka dengar dan ini juga bukan skrip wrestling yang seronok di lihat, ini percaturan membina Negara? Sangup busukkan Negara? Aku tak sanggup tapi apa dayaku, cukup untuk menyedarkan siapa yang membaca blog ku untuk tahu isu sebenar. Perkara ini akan terus berlaku berlaku berlaku. Politik itu Busuk.