Blogger Backgrounds

Rabu, 17 November 2010

Aidiladha yang mengkehendaki pengorbanan

Raya kali ini aku bercuti panjang termasuk percutian ke Cameron Highland bersama Family 12-14 Nov 201o yang lalu. Well percutian yang sederhana tapi tetap menyeronokkan. Cuma aku agak terkilan denga tempat penginapan kami yang aku rasakan begitu tidak memuaskan. Chalet Kampung Taman Sedia Cameron Highland. Aku mendapat maklumat dari internet mengenai chalet ini dan aku ingin bawa kelainan kepada familyku selain hotel yang telah biasa aku menginap. Tetapi dunia realiti semuanya hampeh, tak selesa langsung, aku ingat xde bintang untuk itu. Bagi sesiapa yang membaca lukiran blog aku ini anda di nasihatkan jangan menginap di chalet Kampung Taman Sedia Cameron Hoghland. aku rasakan macam hotel murah di chowkit je. Pergilah menginap di hotel sekitar CH lagi 10kali ganda baik nya
Eh berbalik pada hari raya ini, seawal pagi aku rasakan ini hanya cuti biasa bukan hari raya. Tiada apa yang istimewa. Emm entahlah, duduk sahaja di rumah dan men 'spa' kan jentera sampai lenguh pinggang. Aku susun wayar di enjin bay. Tv pun tiada rancangan yang menarik untuk di tonton. Setelah pinggang ni sakit aku terus layan internet. Terfikir gak apakah pengorbanan aku sebelum dan selepas ini? Emm puas fikir, pengorbanan yang aku tak pernah fikir itu merupakan pengorbanan. Tengok tv orang sibuk duk kata pengoranan sana pengorbanan sini. Sampai ada yang tak logik tu pun dikira pengorbanan. Hai semua yang keluar tv tu pengorbanan unuk menunjuk belaka untuk pengaruh, politik dan kepentingan diri. Aku rasa pengorbanan aku hanya pada keluarga sahaja, apa sahaja untuk keluarga selagi mereka ada hayat di dunia ini. Opss ni bukan nak glamour..sekadar luahan ikhlas untuk di ambil kebaikan. Selamat hari Pengorbanan.