Blogger Backgrounds

Selasa, 25 Januari 2011

Pulang Dari Kursus






















Emm macam kursus yang lain-lain berkaitan motivasi, kesan nya memang dah dapat di duga dari awal. Aku manusia “susah berubah”. Ternyata hakikat itu benar. Kursus kali ini lebih kepada team building. Apa yang best semua staf dalam jabatan aku dapat mengikuti program ini kecuali beberapa orang yang mempunyai beberapa sebab peribadi mereka. Bukan senang nak kumpul semua staf sekali berkursus, kepas ni 10 tahun lagi pun belum tentu. Ukhwah mungkin terjalin di antara kami.

Perjalanan program selama 3 hari 2 malam dengan tidak mengambil kira pangkat, semua sama, penginapan pun bercampur dari segi gred tanpa mengikut kelayakan. Aku memang xde masalah dengan semua orang, jadi dengan siapa pun aku duduk aku tak kisah. Happy saje.
Malang menimpa pada hari isnin selepas kursus aku di serang demam yang kedua dalam bulan ini, demam biasa bukan yang kuat. Aku jadi takut mengenangkan kesihatan aku semakin tidak konsisten kebelakangan ini. Kalu dulu jarang benar aku demam kecuali selesema. Entahlah aku pun tak mengerti.

Jumaat, 21 Januari 2011

Kursus P.I.N.T.A.R 21-23 Jan 2010


Well terlibat kursus lagi, kali ni di namakan program P>I>N>T>A>R..entahlah apa maknanya. Aku follow je malas nak amik tau sangat. Hope kursus ni menyeronokkan, kerana semua anggota jabatan aku terlibat dan ini merupakan masa-masa emas bagi 1 program yang dapat mengumpulkan semua orang dlm organisasi. Hari keluarga pun xsemua yang boleh hadir. Jadi semestinya sesuatu yang bagus. Aku berjharap juga janglah program ini terlalu meletihkan sebab Isnin nak kerja lagi tambahan pula aku ni bukanlah sesempurna fizikal macam dulu.Sedih bukan.....

Khamis, 20 Januari 2011

Lori Misteri di Tepi Jalan



Macam misteri je tajuk aku kan, well inilah yang terjadi. Hampir sebulan dah aku tengok sebuah lori tersadai di tepi jalan tanpa dipedulikan sesiapa. Bernombor pendaftaran WSB 9474 dengan berlogo syarikat aiskrim mingo-mingo.

Gerak hati aku kuat mengatakan itu lori curi, bagi mengetahui segala yang terbuku di hati selepas sebulan aku memberhentikan jenteraku di lori berkenaan. Aksi ku seakan pegawai penyiasat. Memang benar segala tekaan mata kasarku melalui perjalanan harian di situ. Melihat lebih dekat ternyata di papan pemuka lori terbabit wayar telah tercabut dan segala komponen di situ telah tiada. Sah lori ini memang telah di curi dan di tinggalkan di situ.

Aku pantas mengambil butiran lori berkenaan berdasarkan syarikat pemunya yang tertera di pintu lori berkenaan. Esoknya aku menghubungi syarikat berkenaan ternyata ia memang lori mereka yang telah hilang sebulan lalu. Segala butiran aku berikan berkenaan lokasi dan segala detail perhubungan ku. Selang 2 hari syarikat terbabit telah menelefon aku semula bagi gerakan mencari dan menyelamat asset mereka itu.

Alhamdullilah berjumpa akhirnya. Dari apa yang aku Tanya kepada syarikat terbabit, lori berkenaan telah hilang sebulan lalu di depan kedai mereka. Laporan polis telah dibuat bagaimanapun tiada sebarang klu atau petunjuk diperolehi.

Di sini aku sedikit merasa kesal kepada pihak berkuasa yang seharusnya peka akan kejadian ini. Mengapa ia tidak nampak akan hal ini?

1. Lori berkenaan berada di tepi jalan utama: sudah tentu sebagai penduduk tetap kawasan tersebut aku dapati pihak berkuasa ada melakukan rondaan setiap hari

2. Mengapa setelah laopran dibuat pihak berkuasa tidak menyedari hal terbabit, bukankah segala kecanggihan alat perhubungan dapat mengenalpasti lori berkenaan yang berada di depan mata mereka? Tak boleh buat semakan ke?

3. Aku juga kesal pihak berkuasa lebih terarah kepada sesuatu yang aku rasakan boleh mendatangkan kepuasan kepada mereka. Tak perlu aku cakapkan di sini, aku tau itu kawasan aku dan aku tahu apa aku nampak.

4. Kita punyai lebih 4 badan berkuasa yang memantau kenderaan di jalanraya, mengapa tiada satu pun agensi yang perasaan keberadaan lori itu dengan curiga setelah sebulan di situ?

5. Kalu ini tidak dapat di selesaikan..aku bimbang laporan hanya tinggal laporan yang di rasakan tiada apa2 tindakan.

Aku lihat dah lama, dan aku juga boleh bawakan banyak lagi kereta2 yang tersadai di tepi jalan secara misteri tanpa di endahkan dalam jangkamasa yang lama? Tak pelik kah anda? Aku pelik………..

Rabu, 12 Januari 2011

Lama benar tidak mencoret

Semenjak insiden 23 Dis 2010 yang lalu aku rasakan kesungguhan aku telah berubah ke arah yang lebih rendah dari selalu. Aku juga banyak memikirkan hal diri sendiri dari sibuk berfikir untuk orang lain. Dengan erti kata alin aku menjadi pemalas. Pemalas kepada kesungguhan. ada kerja yang aku berfikir 2 kali untuk melakukannya. Ahh aku sedar tapi aku terpaksa begini. namun begitu aku berusaha untuk tidak menyusahkan sebaik mungkin rakan-rakan yang terlibat denganku. Biarlah aku begini tetapi jangan orang lain susah keranaku. Namun untuk tidak menyusahkan orang lain aku juga berfikir 2 kali juga supaya selari dengan konsep 'mengapa fikir pasal orang, sedangkan orang tak fikir pun pasal aku'. sekali lagi 'mana terdaya sahaja lah'.

Persoalan sampai bila juga terus membayangi aku, mungkin sehingga aku dah lali barulah aku tak perasan yang aku ini sebenarnya malas mengambil tahu. Baru-baru berubah mestilah terasa, esok lusa lupalah aku. ia buruk tapi aku terpaksa....

Isnin, 3 Januari 2011

Salam Tahun Baru Lagi



Aku di Jambatan Hang Tuah ketika menyambut sambutan tahun baru 2011. Kenapa? Mula nya tercari-cari tempat nak nengok bunga api, mulanya juga nak pergi ke Mydin Air Keroh sebab petang tu aku dah tangok persiapan bunga api tu. Entah macamana aku tersinggah di uptown tepi sungai di bandar melaka. So terjumpa juga dengan autoshow di malam hari di situ. Lepak punya lepak sekali jambatan berhampiran dengan lokasi aku melepak akan di rasmikan tepat jam12 tghmalam. Ada ali rustam sebagai perasmi malam itu. Layan je lah. Mujur tiada operasi di malam berkenaan. Perjalanan balik yang lancar.

So tahun baru orang kata azam baru? apa itu azam? Saiful Azam? Azam azam uh aku tak tau mende. Yang aku tau tekad nak buat apa tahun baru 2011 ni. List apa aku nak wat dh lama tersedia, ada yang terforward dari tahun lepas. Takpelah aku berusaha gak untuk penuhi. Secara jelas, azam tahun 2011 tiga bulan pertama "mari abiskan duit"