Blogger Backgrounds

Rabu, 12 Januari 2011

Lama benar tidak mencoret

Semenjak insiden 23 Dis 2010 yang lalu aku rasakan kesungguhan aku telah berubah ke arah yang lebih rendah dari selalu. Aku juga banyak memikirkan hal diri sendiri dari sibuk berfikir untuk orang lain. Dengan erti kata alin aku menjadi pemalas. Pemalas kepada kesungguhan. ada kerja yang aku berfikir 2 kali untuk melakukannya. Ahh aku sedar tapi aku terpaksa begini. namun begitu aku berusaha untuk tidak menyusahkan sebaik mungkin rakan-rakan yang terlibat denganku. Biarlah aku begini tetapi jangan orang lain susah keranaku. Namun untuk tidak menyusahkan orang lain aku juga berfikir 2 kali juga supaya selari dengan konsep 'mengapa fikir pasal orang, sedangkan orang tak fikir pun pasal aku'. sekali lagi 'mana terdaya sahaja lah'.

Persoalan sampai bila juga terus membayangi aku, mungkin sehingga aku dah lali barulah aku tak perasan yang aku ini sebenarnya malas mengambil tahu. Baru-baru berubah mestilah terasa, esok lusa lupalah aku. ia buruk tapi aku terpaksa....

0 Komen: