Blogger Backgrounds

Isnin, 30 Mei 2011

It Finally....get it


Antara suka dan perasaan yang bercampur baur, semua orang masuk kerja dalam sector kerajaan menantikan surat ini dalam tempoh 3 tahun permulaan perkhidmatan. Masih ingat di tempat lama dahulu, semua gila nak dapat taraf ni sebagai tahap selamat untuk berubah kea rah yang lebih teruk. Dapat surat ni ada 2 erti, pertama kaya sekejap dan kedua kebal dari segala pembuangan dalam sector kerajaan. Pendek kata ianya kebal akibat prosedur yang begitu panjang jika nak di buang kerja.

Entahlah itu hakikat yang aku tahu serba sedikit dalam sector kerajaan ini. Bagi aku rasa terkejut pun ada serta merta terbayang wang kwsp yang boleh di keluarkan. Bukan rasa gembira tetapi aku membayangkan segala usaha aku bekerja selama ini adalah di situ termasuk kerja kilang, serta merta aku terbayang ibu aku. Emmm dia banyak bersusah payah dari aku bersekolah hingga aku bekerja, dahlah masa sekolah buat persiapan aku ke sekolah begitu juga masa bekerja, sibuk juga bangun pagi menyiapkan segalanya. Maka aku dapat rasakan wang itu juga seharusnya bukan aku seorang sahaja yang punya, dia juga ada hak nya berdasarkan perit jerihnya untuk aku selama aku bekerja dahulu.

Itulah yang aku gambarkan selama ini dalam proses ke arah mendapat surat ini. Apa perlu aku buat ya? Masih tidak terfikir. Ingatlah jasa mak sepanjang hayat kita. Aku bersyukur kerana masih mempunyai ibu. Sayang Mak…………

Jumaat, 27 Mei 2011

Perlukah Subsidi?


Wah asal naik je rege minyak timbulah perkataan subsidi, bila naik gula juga timbul perkataan subsidi, tepung begitu juga. Nampaknya melalui zombie kg pisang dan juga hantu kak limah balik rumah ternyata benar.

"Dulu kat geman xde plak sunsidi, idup je diaorang'
"Ni semua nak gomen nolong"

yea itulah subsidi di malaysia. ia bagiku umpama ayam dan manusia, setiap hari masyarakat mesia akan makan ayam begitu juga subsisi melalui beberapa barangan terkawal tertentu seperti minyak, tepung, gula dan lagi-lagi. Perlukah subsidi untuk orang mesia?

Aku pun tak pasti, memetik kata-kata Tun Mahadir tidak lama dahulu semasa ia memerintah

"Orang melayu kalu dah diberi tongkat semasa susah, bila dah senang pun dia gagal berjalan betul tanpa tongkat, nak amik balik tongkat tu dia marah kerajaan"

Jadi adakah masyarakat mesia ni memang terpaksa idup macam tu selamanya? Mungkin juga perlu dilihat akan perkenalan kaedah subsidi ini zaman dulu-dulu yang sangat dulu. Mengapa diperkenalkan? Jadi sekarang dah terbiasa walaupun dah senang tetap nak subsisi.

Aku tak kata subsidi salah mahu pun betul, sapa nak salahkan sejarah dan siapa nak mengubah sejarah, maka yang perlu dihadapi adalah sekarang, bagaimana ke arah masyarakat mesia tanpa subsidi.

dengan kata mudah bagi aku sekarang subsidi ni menyusahkan kehidupan aku sahaja, bila kurang subsidi cth rege minyak naik akibat pengurangan subsidi, harga barang juga naik dan menyusahkan aku. begitu juga rumor nak naik, barang dah naik harga juga......pendek berkata selagi ada subsidi maka akan menyusahkan aku selama ada subsidi ini di mesia. Asyik naik je...turun nya tak terasa sangat atau mungkin juga tiada

Dato Idris Jala juga menyatakan, budaya subsidi mempunyai kesan negatif kerana ia dinikmati mereka yang tidak berhak selain tertakluk kepada ketirisan serta penyalahgunaan dan pada masa sama menggalakkan gangguan pasaran selain menggalakkan penggunaan berlebihan hasil daripada lebihan pengeluaran.
Kira-kira 97 peratus daripada subsidi Malaysia diagihkan secara menyeluruh. Ia diberi kepada setiap orang tanpa mengira paras pendapatan untuk pendidikan rendah, menengah dan tinggi, perubatan, petrol, gula dan minyak masak, selain bantuan kebajikan dan elaun.


yelah, orang kaya pun pakai minyak subsidi.....apa kes...

Khamis, 19 Mei 2011

hARI kUALITI 2011 uNIVERSItI



Semalam jam 9 pagi hingga 12tghari merupakan hari kualiti universiti bagi tahun 2011. Sebenarnya dalam bahasa mudah penganugerahan pekerja cemerlang sepanjang tahun 2011 berdasarkan markah prestasi. macam dulu2 masa di organisasi lama, pergi keje tak pernah cuti wat keje rutin bla bla bla..mesti nak dapat 100% markah...kalu 95% rela nak berparang. hai kekadang senyum memikirkan mentaliti mereka di sana. syukurlah aku mendapat pengalaman itu, melihat dan memahami corak dan pola kehidupan manusia.


Pejabat aku 4 orang dapat cemerlang tahun ni, semua pompuan..tapi markah mereka xlebih 82% selepas di saring di banyak peringkat. Keseluruhan bagi semua jabatan di universiti ini dalam 50 orang lebih yang dapat. TAHNIAH

Rabu, 18 Mei 2011

Kompilasi karya blog di anjung tepi rumah



Hahaha tajuk nyer yang entah apa2, tapi aku suka tajuk ni, untuk pengetahuan anda, aku sedang melakar blog ini diluar rumah dengan ketenangan ciap burung2 di ladang sawit berhampiran rumahku. Angin sepoi-sepoi menjamah kulit, erk walaupun sekarang ni cuaca panas tapi bila dah petang2 begini semuanya redup. Pehh rasa tenang lah macam duk otel semasa pergi bercuti pulak. Lanskap tepi umah belum mula projek lagi ni, kira punya kira rumput je dekat 3k..adeh hold dulu ler.

Bila last anda tengok awan? Eksen plak aku ni mentang2 lah baru pas tengok awan tadi, hehhhe ada macam2 bentuk plak. Tak hairan lah dengan bentuk2 yang sukar di duga itu membuat kan otak kita berimaginasi dengan aman. Yelah baru tau dengan pandang awan ni bleh wat kita tenang sambil mencabar minda berangan apakah bentuk tersebut. Jadi selalu2 ler memandang awan di atas nun. Tak siapa leh sangkal imaginasi kita, kalu duk sorang2 ni senyum sorang2 lah jawab nyer. Mencabar minda dalam suasana yang santai.

“Bila ku kenang ku renung gambar wajahmu”
“Kisah yang lalu tak akan berulang lagi………………..

Haaa tiba-tiba bait lagu ni plak aku teringat, imaginasi awan mula terbang jauh nun ke belakang sana, ke mana? Latar masa mungkin 3 tahun lalu, latar tempat mungkin di Negeri Tok Gajah. Ini dah bukan bab imaginasi lagi, ni bab-bab mengingati kisah semalam. Ok juga di ingati . Cuma kalau sekarang ni lebih kepada banyak persoalan, dulu di ketahui kini ingin mengetahui, batas dan halangan kehidupan manusia menyebabkan aku sebagai manusia kena faham dan memahami segalanya. Jauh sudah 3 tahun lalu kalu dihitung secara lebih banyak merupakan hampir 1000 hari, uh banyak nyer, jauh dah berjalan dari saat itu, tetapi sesekali memandang ke belakang ianya seakan jelas lagi dipandangan, masih dekat, masih boleh dipegang, namun reality angka tetap reality.

Apa ada dalam kepala aku sekarang? Apa aku ingin capai sebelum akhir tahun ni? 2011.Kalu di list dari dalam kepala ni kasik print keluar maka yang akan keluar tret tett tett crettt >>>>……
KWSP, Jentera baru, wiring xsiap2 lagi, perabot rumah, pagar rumah, alor setar, Langkawi….<<<<<<< tu semua duk fikir ni, maybe ada 2,3 lagi list yang hidden fail kot. Walau apa pun belum ada perician lanjut petang ni, sebab aku nak duk santai tanpa memikirkan yang berat dan tiada jawapan yang ada petang ni. Tu semua perlu planning kalu duk fikir serabut je adanya. Bila plan kena catit dalam kertas sebagai startegi baru tak fenin duk dalam otak ni je.

Begitulah seadanya petang ini, smapi ketemu di anganan akan datang, ingat melayan impian bersamaku, kisah kini untuk masa hadapan. Bye.

Kehampehan Lu Langsi Lu Mati : Kongsi

Semangat aku bila membeli tiket untuk menyaksikan filem ini yang di opening kan pada tanggal 12 Mei 2011. Kenapa? Sebab sebelum ni tengok gazet memang best di tambah pula pelakon nya artis paling popular 2010. Tayangan 1 jam 30 minit ternyata memang mendukacitakan walaupun panggung penuh (emm maybe diaorang pun datang tengok sebab macam aku kerana gazetnyer) Aku pun tak pasti nak letak cerita ni dalam aksi atau komedi atau aksi komedi kerana pada aku semuanya tak tepat menggambarkannya. Shahezy Sam punya dialog keseluruhan filem ini tak sampai 100 patah…

Jalan cerita tak kuat langsung, buat asal jalan je ceritanya. Ada watak yang syok sendiri, ada watak yang just keluar untuk dialog dan tanpa babak yang kuat untuk mengaitkan dengan cerita.

Babak yang aku rasa paling sia-sia adalah waktu scene kejar mengejar antara kereta polis dan jentera drift? Apa makna tu? Satu lagi dalam cerita ni ada dua scene roadblock..jika di perhatikan betul2 kereta sutera yang melalui roadblock ini adalah kereta yang sama berdasarkan sticker sutera club. Aksi kejar mengejar yang entah alih2 nak kejar tanpa ada kesan dari aksi itu.

Aku nak komen pun xtau camne, yang penting jangan ler pergi tengok, nescaya anda pasti menyesal dengan duit tiket yang dikeluarkan serta pembaziran masa 1 jam 30 min didalam panggung dan keluar dengan terpinga2, “inikah kesudahannya?”
Watak dalam film ni Kalu ganas komedi aku tak kisah tapi ni ganas bodoh, bodoh yang amat sangat bodoh. Dari 5 binatang, inilah film paling teruk aku tengok..aku bagi 1 binatang. Memang tak berbaloi dengan RM 10 tiket.

Tapi aku suka dialog2 dari artis india selaku ketua gangster india, skema beb..
Inspektor : Awak ada buat pasal dengan orang ke?

Gengster india : saya ada berkata kepada mereka, yang tua dihormati dan yang muda di sayangi, tp saya tak tahu siapa yang bunuh dia, yang muda ke yang tua..warghhhh I need ur shoulder….


Jadi ingat tak semua lakonan artis paling popular itu adalah the best…

Rabu, 11 Mei 2011

Panas nyer.....


Wah seminggu dua ni aku rs kulit aku ni dah berbahang sokmo. Mandi pun sejuknya bertahan paling kuat 10 minit lepas tu kembali hangat hangat..Orang kata El-nino cam tahun 1998 tapi pas tgk berita tadi dia kata bukan. Sebab sekarang suhu paling tinggi setakat 34 celcius. Nasib baik kat office ada aircond, tp bila balik rumah, haaa azab macam masuk ketuhar gelombang micro.

Rumah aku ni ada aircond tapi disebabkan kehampehan orang wiring yang buat tak siap-siap so ade angin blower je lah yang keluar, gas tak letak lagi kot. Lantak ko lah si wiring, aku suruh datang jumaat ni, tapi dia plak keluar arahan kat aku yang nak datang sabtu, aku layan je.
Setiap petang balik ke rumah aku mengemas kotak2 yang di bawa dahulu, sorok sana sorok sini isinya. Di tambah pula suhu dalam rumah yang tinggi, memang thrill gila. Dari berbaju samapai buka baju, dari berseluar pendek sampai ke boxer, upp nyaris nak buka semua, tapi idok ler kang wat ade mata2 terpandang nyayo den hehehhe.

Hai bilakah cabaran suhu ni akan ber akhir…..

Jumaat, 6 Mei 2011





Firsly rate biasa aku dari 5 binatang, aku bagi 3.5 binatang. Untuk rekod aku ni susah bagi binatang yang banyak kepada mana-mana cerita yang aku tengok kecuali beberapa cerita sahaja yang melepasi tahap 4 namun bukan 5.

Cerita ni kesinambungan dari FF4, kalu masih ingat Dominic di bawa dengan bas penjara untuk di hantar ke Penjara dan di kejar oleh beberapa kereta dari adiknya Mia, O conner serta 2 rakan lain.

Agak kecewa kali ni tiada aksi sebenar kereta-kereta cantik yang boleh dilihat beraksi, cerita kali ni lebih bersifat kopolisian. Suntikan the rock pun ampak kurang menyerlah walaupun ganas di awal tp jadi lembik di akhir.

Cuma yang menarik kali ini dominic telah memanggil kawan-kawan lamanya dari siri-siri FF yang lepas beraksi melalui expertise masing-masing dalam menyelesaikan misi FF5. Kemunculan Han yang telah mati pada FF Tokyo Drift agak mengelirukan, ada orang kata cerita ni x de kaitan dengan FF Tokyo drift dan ada juga cakap cerita ni sebenarnya berlatar masa sebelum FF Tokyo Drift. Yang pasti aku merasakan xde kaitan dengan FF Tokyo Drift hehehehe.

Ending macam biasa Dominic menang mengalahkan kurapsi di brazil, tetapi selepas tamat segala nama pelakon di siarkan dan di saat ramai penonton telah keluar dari panggung, ada lagi sedikit babak yang memberi gambaran untuk FF6. So kepada anda semua yang tengok cerita ni, jgn keluar sehingga film habis berputar…rugi woo bayar tiket kalu xtgk babak last sekali tu. Enjoyz……………..

Khamis, 5 Mei 2011

FasT N Farious 5




Yes petang ni aku layan cerita ni..hope ok, tunggu pemberian binatang dariku...

True LIfe: edisi pindah rumah




Pahang
Ceritera masa memula kerja di kuantan, seminggu sebelum memulakan tugas, aku telah pergi ke Rompin dan tidur di rumah kawan aku di situ selama 2 hari dalam pada mencari rumah sewa di Bandar kuantan, kebetulan kawan aku itu bekerja di organisasi yang sama dengan kerja baruku kecuali daerah yang berbeza. Alhamdulillah dalam masa sepagi aku dah dapat rumah sewa walaupun di rasakan agak jauh dari Bandar dalam 7km, aku puas hati sebab ciri utama rumah yang aku cr adalah berpagar.

Aku ni sensitive sikit kalau jentera aku di luar pagar atau jauh dari kawasan rumah. So kalau dalam pagar rasa selamat sikit. Aku masih ingat lagi selepas itu 9 Julai sehari sebelum harijadiku, aku dengan rasa berat hati tanpa restu dari ibuku memulakan perjalanan ke Bandar Kuantan bagi memulakan tugas tepat 10 Julai. Sedih memang sedih, pertama tiada restu ibu dan kedua tempat yang dikunjungi begitu asing bagiku. Malam pertama aku merasa sedih dengan rumah yang baru dan kosong aku seakan orang terbuang jauh di negeri orang, sebelum ni pernah duduk rumah sewa semasa belajar tetapi bukanlah berseorangan. Jadi situasi baru begitu mengujiku. Selang 2 hari bekerja aku seakan fed up dan rasa ingin berhenti akibat pelbagai tekanan antaranya

1. Study fail unit

2. Teringat keseorangan

3. Kekosongan jiwa di rumah sewa

4. Pelbagai-bagai

Tekanan-tekanan ini menyebabkan aku bosan dan berjiwa kacau. Minggu pertama aku terus ke rompin stay 2 hari di rumahnya, sekurang-kurangnya ada teman berbual dan jiwa tidaklah sunyi, selang seminggu pulang ke kampung selang seminggu ke rompin, ingat lagi tengok live AF yang Mawi menang tu hehehee

Lama kelamaan semua rasa negative telah hilang, kawan pun semakin dikenali antara yang pertama kawan2 main kereta dan seterusnya lain dan xbukan iaitu miziboy. Banyak jasa budak nikat aku sepanjang 3 tahun di sana.

Tapi akhirnya aku terpaksa pergi, aku tak sesuai dengan jiwa orang pantai timur, aku tidak salahkan mereka, mungkin aku yang bermasalah.



Melaka
Sekarang dah pindah umah kali ke 2 di Melaka, tapi kali ni versi rumah sendiri bukan rumah sewa.

Aku rasa perasaan macamni masa memula aku datang ke Bandar bersejarah ni untuk memulakan kerja. Dalam sebulan juga aku rasa jiwa aku kosong, yelah masa tu rumah sewa baru dengan nak sesuaikan keadaan di tempat baru, tiada rakan-rakan nak di ajak melepak di kala keboringan. Ada takde weekend balik kampong. Jadi episode di Pahang bermula kembali.

Di sini percampuran antara rakan pejabat amat terhad, kebiasaan nya hubungan kita semua akan terputus apabila selesai jam 5 petang. Weekend semua buat hal masing2, jumpa kembali semua pada isnin nye. Walaupun macamtu hubungan kami semua tetap baik tidak seperti keadaan di pantai timur dahulu. Di sini semua menghormati level masing2.

Tapi lama2 aku dapat sesuaikan diri, best ini bukan di pantai timur.

Eh apa plak cerita pasal keje, ni haa nape aku rasa busan duk umah ni, adeh busan nyer…bapa lama lah nak rasa cmni walaupun rumah ni dah lengkap tetapi aku rasa sama cam memula duk mah sewa dulu. Aku tau ni hanya sementara dalam penyesuaian diri, hopely akan berakhir dengan cepat.

Selasa, 3 Mei 2011

Yang pasti akan Pergi jua....

"salam mak saya meninggal pas isyak tadi" sender 01938854** sent 30 April 2011 01:54:57


aku tidak berkesempatan membaca sms itu tepat pada masa seperti yang dihantar, hanya jam 8.00pagi ke esokkan nya aku dapat membacanya. Yup memang sedih, segera aku bersiap-siap untuk pergi melawat keluarga rakan sekerjaku ini.


Dalam perjalanan aku meletakkan diriku di tempatnya, pehh memang cukup sedih kehilangan orang tersayang, serta merta segala kenangan bersama akan terungkap diminda. namun aku bersyukur aku masih lagi diberi kesempatan mempunyai ibu sehingga kini.


Namun sejuah mana aku menghargai dan menghayati waktu-waktu bersama, aku rasa terlalu sedikit, walaupun banyak masa telah aku curahkan untuk nya. Aku tidak mahu menyesali akan keterbatasan masa itu akan datang apabila ia telah tiada lagi. Aku berusaha memberi yang terbaik. Namun akibat kekangan-kekangan masa dan tugas membuatkan semua itu kadangkala amat terbatas. Mungkin itu lumrah hidup setiap manusia. Apabila dewasa mempunyai peranan dan tanggungjawab yang semakin bertambah sama ada kepada diri dan juga keluarga.


aku berfikir, kadangkala aku pasrah cuma aku belum bersedia untuk menyesali di masa hadapan akibat kealpaan kini..