Blogger Backgrounds

Jumaat, 27 Mei 2011

Perlukah Subsidi?


Wah asal naik je rege minyak timbulah perkataan subsidi, bila naik gula juga timbul perkataan subsidi, tepung begitu juga. Nampaknya melalui zombie kg pisang dan juga hantu kak limah balik rumah ternyata benar.

"Dulu kat geman xde plak sunsidi, idup je diaorang'
"Ni semua nak gomen nolong"

yea itulah subsidi di malaysia. ia bagiku umpama ayam dan manusia, setiap hari masyarakat mesia akan makan ayam begitu juga subsisi melalui beberapa barangan terkawal tertentu seperti minyak, tepung, gula dan lagi-lagi. Perlukah subsidi untuk orang mesia?

Aku pun tak pasti, memetik kata-kata Tun Mahadir tidak lama dahulu semasa ia memerintah

"Orang melayu kalu dah diberi tongkat semasa susah, bila dah senang pun dia gagal berjalan betul tanpa tongkat, nak amik balik tongkat tu dia marah kerajaan"

Jadi adakah masyarakat mesia ni memang terpaksa idup macam tu selamanya? Mungkin juga perlu dilihat akan perkenalan kaedah subsidi ini zaman dulu-dulu yang sangat dulu. Mengapa diperkenalkan? Jadi sekarang dah terbiasa walaupun dah senang tetap nak subsisi.

Aku tak kata subsidi salah mahu pun betul, sapa nak salahkan sejarah dan siapa nak mengubah sejarah, maka yang perlu dihadapi adalah sekarang, bagaimana ke arah masyarakat mesia tanpa subsidi.

dengan kata mudah bagi aku sekarang subsidi ni menyusahkan kehidupan aku sahaja, bila kurang subsidi cth rege minyak naik akibat pengurangan subsidi, harga barang juga naik dan menyusahkan aku. begitu juga rumor nak naik, barang dah naik harga juga......pendek berkata selagi ada subsidi maka akan menyusahkan aku selama ada subsidi ini di mesia. Asyik naik je...turun nya tak terasa sangat atau mungkin juga tiada

Dato Idris Jala juga menyatakan, budaya subsidi mempunyai kesan negatif kerana ia dinikmati mereka yang tidak berhak selain tertakluk kepada ketirisan serta penyalahgunaan dan pada masa sama menggalakkan gangguan pasaran selain menggalakkan penggunaan berlebihan hasil daripada lebihan pengeluaran.
Kira-kira 97 peratus daripada subsidi Malaysia diagihkan secara menyeluruh. Ia diberi kepada setiap orang tanpa mengira paras pendapatan untuk pendidikan rendah, menengah dan tinggi, perubatan, petrol, gula dan minyak masak, selain bantuan kebajikan dan elaun.


yelah, orang kaya pun pakai minyak subsidi.....apa kes...

0 Komen: