Blogger Backgrounds

Rabu, 15 Jun 2011

Cancel Alor Setar, jom pi Langkawi


Tu dia keputusan last minit, aku nak pergi ke langkawi bagi percutian akhir tahun ini. Sedang mencari-cari info berkaitan Alor Setar bersama bajet, ternaya Langkawi mengamit aku untuk ke sana, memandangkan kos untuk pergi bercuti ke sana murah sebelum cuti sekolah menyerang pada akhir tahun ini.
Banyak dah wat survey ni untuk ke langkawi termasuk bertanya pengalaman rakan yang pernah pergi dan juga search di internet. Mudah sahaja bagi percutian ini dan juga percutian2 lalu yang banyak mengajar aku segalanya. Aspek penting adalah bajet-lokasi-penginapan-lokasi menarik-jadual-kereta sewa(jika perlu)-shopping, emm itu sahaja key word penting dalam pergi bercuti. Oh ya sebelum pergi kena kaji peta lokasi percutian itu, mengkaji peta kena wat sebelum pergi, bukan masa dah sampai, ini kerana akan membazir masa kita bercuti dengan melihat peta sahaja. Apa feel..

0 Komen: