Blogger Backgrounds

Khamis, 22 September 2011

Hari Raya yang masih terasa

Walaupun hari raya telah berlalu hampir 2 minggu, bahang makan-makan dan makan warga mesia ni masih terasa. Semalam baru berlangsung Jamuan hari Raya peringkat university tempat aku bekerja. Macam tahun-tahun sebelumnya setiap jabatan dan fakulti akan di beri satu tema makanan untuk di jamukan bersama pada hari berlangsung. Kali ini temanyer adalah makanan mengikut negeri. Jabatan aku mendapat tema makanan negeri Terengganu. So secara automatiknya keropok lekor menjadi pilihan hidangan. Bukan sahaja makanan malah keceriaan gerai juga mestilah bertemakan negeri berkenaan. Warga kerja organisasiku yang komited (ada juga yang xkomited) berusaha menyubangkan idea dan tenaga dalam memastikan gerai kami terbaik, ada juga yang memberi sumbangan kehadiran sahaja. Aku? Malas sangat nak bersungguh, datang tunjuk muka bagi support kengkawan je.Hari kejadian yang penting makan dan makan. Macam biasa aku juga orang mesia yang memang suka makan.

Khamis, 8 September 2011

Rumah lagi

Projek fasa 2 akan bermula iaitu pembinaan pagar rumah bagi mengantikan pagar yang diberikan pemaju (pagar ijau). Urusan lukisan pelan sedang berjalan menggunakan khidmat seorang freelance yang merangkap runner bagi segala urusan dengan pihak majlis perbandaran tempatan di mana zon kuasa rumah aku berada. Dijangka kelulusan dalam masa seminggu, selepas itu baru bermula fasa kerja-kerja kontraktor bagi pembinaan pagar yang aku jangkakan mengambil masa dalam seminggu jugak.
Fasa kedua juga merangkumi penambahan perabut dalam dan serba sedikit perkakasan elektrik di dalam rumah yang masih belum lengkap pada fasa 1 yang amat huru-hara di sebabkan kesengalan kontraktor wiring.

Aku jangkakan semua kerja yang terlibat dalam fasa 2 ini akan selesai penghujung bulan ini.

Oh ya wallpaper tiba-tiba muncul dalam fasa ini? Emm nak beli ke idak hehehhehe

Isnin, 5 September 2011

seminggu sudah berlalu

Dalam duk beraya sambil makan dan makan dan makan lagi hari ini merupakan syawal yang ke 7 bermakna seminggu sudah berlalu. Apa yang aku dan kta semua dapat yea terbitnya syawal ini? First secara jujur otak aku kan cakap hahaha dapat makan dan makan dan makan lagi, uh tak beriman sungguh aku ni kan. Yang kedua poket aku pulak bercakap, alamak nape xde apa isi ini? Haa bermakna duit terlalu laju keluar sepanjang perjalanan 7 hari ini.

Biar apa pun berlaku ke atas aku dan juga apa sahaja yang ada kaitan dengan aku, aku kena terima seadanya walaupun tak berapa nak gembira. Well last fikir, setahun hanya sekali, apa salahnya…apa salahnya? Itu mungkin kata-kata semasa ramadhan ingin menyambut syawal.

Tapi hakikat selepas syawal bukan itu, cis kenapa perabih sangat. Choiii pergi persoalan ko berdua. Aku di sini tetap bahagia dan senyum sentiasa, melangkah melmulakan tugas dengan hati yang tenang, senang dan tak payah nak fikir apa2 lagi. Hidup mesti diteruskan walau dengan kekayaan tatau kemiskinan.