Blogger Backgrounds

Khamis, 27 Oktober 2011

Berehat Di Rumah sempena perayaan cahaya



Walaupun aku tak sambut dan walaupun juga aku tak amik kisah, yang aku tahu ianya public holiday. Tiada plan apa2 aku untuk hari cuti ini, sekadar ingin berehat santai dirumah dengan penuh ketenangan.

Macam biasa seawall pagi aku dh tersedar, walaupun bukan hari bekerja, tapi secara automatiknya aku memang sedar seperti biasa pada jam biasa. Tiba-tiba fikiran terus melayang sebaik membuka siaran radio dengan lagu yang aku ada kenangan denganya!!!! Senyum sendirian, hai kisah dongeng lalu nak buat macamana kan. Terus membuat sarapan pagi dengan senyuman.

Tiba-tiba dapat panggilan telefon dari fiezina, oh ya aku ada deal barang kete dengan dia 2, 3 hari lepas, dia nak antar sudah malangnya aku belum memasukkan duit ke dalam akaun dia. Tergesa-gesa ke bank bagi memasukkan duit. Tak sedap lah barang dah sampai tapi duit belum bayar kan…terlanjur ke bank terus bayar duit rumah, reload T n G serta top up tel untuk kadar sebulan.

Balik layan session terbaru CSI Miami 10..sampai muntah hehehehe. Serius duk umah hari ini sedikit pun aku tak rasa burin. Suatu perkembangan yang bagus dengan umur yang semakin tua ni hehehehe.

Jumaat ada misi, yup misi menjemput kereta baru pulang ke rumah, sekali lagi ajak member untuk pergi mengambil kereta tersebut..Wrahhhhh aku tak reti pandu kete auto lah……………………………

Isnin, 24 Oktober 2011

KONVOkesyen ke-TUJUH










Berada di bwah jawatankuasa 2 dan aku merupakan pengiring bagi VIP UUM, sempoi orangnya, aku menjemput nya di Subang Airport bersama pemandu Herman bertolak jam 9 dan flight Prof. Dr. Zulkifli Mohamed Udin mendarat sekitar jam 11.10pg. Kami tidak terlalu rushing untuk pergi menjemputnya.

VIP ini merupakan dekan school of business. Sangkaan awal aku beliau merupakan seorang yang easy going berdasarkan perbualan siasatan bersama setiausahanya sebelum kedatangannya ke konvokesyen ini.

Yea tepat sekali, saat menjemputnya dibalai ketibaan beliau memang sempoi tanpa high protocol, berbaju T-shirt kolar bulat telah melegakan aku untuk menjadi pengiringnya sepanjang seisi kedatangannya.

Seisi yang di masuki nya adalah seisi makan malam dan juga seisi pertama konvokesyen. Kedua-dua masa ini aku perlu menjaganya. Selesai seisi pertama konvokesyan aku menghantar beliau pulang ke KLIA untuk pulang ke kedah.Semuanya best aku hargai low profile belaiu. Sampai ke temu lagi prof.

Khamis, 20 Oktober 2011

KONVOkesyen LAgi


macam biasa setiap kali konvokesyen aku diletakkan di bahagian jawatankuasa 2: jemputan, protokol dan sambutan.So macam biasa sub kepada jawatankuasa itu adalah menjadi pengiring vip atau wakil dari IPTA atau IPTS atau VVIP yang dijemput oleh pihak universiti

Kali ni aku menjadi pengiring bagi wakil NC UUM iaitu Dekan Fakulti Bussiness dari UUM iaitu PM Dr Zulkifli. Semalam dah sms dia yang aku ni pengiring dia sepanjang keberadaan nyer di sni. 2 sesi dia masuk iaitu makan malam dan ssi 1 bagi konvokesyen pastu dia balik.

Oleh kerana dia naik flight so terpekasa aku dan pemandu menjemputnya di Subang semasa ketibaan dan menghantar balik ke KLIA untuk dia pulang ke UUM semula.

So esok jam 10 pagi tugas bermula dan berakhir pada sabtu selepas menghantar ke KLIA dalam tengahari kot

All the best....

Rabu, 19 Oktober 2011

Jiran Meninggal dan Kete Breakdown



16 Okt, seharian aku melepak kat umah sambil melihat orang wat pagar umah aku yang dalam pembinaan. Setelah gelincir matahari dari garisan tengahari, mendapat panggilan dari mak aku yang menyatakan jiran aku meninggal dunia. Agak terkejut kerana walaupun aku tahu kesihatan arwah agak terganggu sejak akhir-akhir ini namun tidaklah menyangkakan kematian menjemput sebegitu dekat.

Aku bergegas pulang, walaupun aku sedar jentera aku tidak begitu fit 100% di jalanan, kemungkinan gangguan vacuum yg tidak stabil, Namun digagahkan juga untuk dibawa pulang. Seperti amaran awal buat pertama kalinya jentera aku telah breakdown di km 176,3 arah selatan lebuhraya PLUS dalam panorama penuh tragic ketika hujan lebat, mujur dilebuhraya.

Panik ohhh tidak, segera menghubungi PLUS dan bantuan tiba dalam masa 30 min selepas itu, jentera aku di tow hingga keluar Tol Tangkak, syabas dengan keramahan dan kemesraan anggota ronda berkenaan. Tow truck insuran kete aku telah menunggu ditol berkenaan untuk dibawa pulang ke ayer keroh semula secara percuma. Terima kasih kepada insuran yang aku amik sejak memula membeli jentera ini MSIG.

Ramai tak tahu bahawa setiap syarikat insurans ada menawarkan tow truck secara percuma, rugi kalu tak guna. Rugi ler bayar insurans kete kalu tak tahu hak dan bodohlah anda jika tak baca polisi heheheheh pasni tengok balik polisi tu.
Selamat tiba di Ayer keroh, tiba di bengkel namun tutup pulak, so esok sahaja lah.

Terima kasih kepada pemandu tow truck yang juga sebegitu mesra sepanjang perjalanan.
Sekarang kete dah ok, sebab mudah “ignition coil failure” hahahah rm100 settle…patut ler sebab dah lama, emm sejak beli tak pernah bermasalah..patut pun…xkisahlah.

Melihat “Ciri seakan MPV pemanduan ala-sedan”



Pernah mengetahui motto tersebut? Merupakan tag line bagi sebuah MPV berciri bersaiz sederhana pada tahun akhir 2007.

Ya ari sabtu 15 Okt lepas aku dengan dua rakan telah ke Pandan Indah bagi melihat kereta ini secara lebih dekat. Berbincang dengan salesman mengenai harga dan bayaran segalanya. Well agak terlari skit bajet dlm rm46 namun itu yang dihajatkan so terima seadanya. Bank loan 3.1% agak cantik, namun itu kata salesman, bila masuk bank tak tahu lagi bp kadar yang pihak bank boleh tawarkan.

Dengan transmisi automatic (apa cer kalu pkai MPV transmisi manual kan hehehe) tu yang aku bawak member untuk test drive. Almaklumlah aku ni bukan reti dengan transmisi auto ni.

Teringat dulu2 pernah bawak kete si dia, mengagau jugak tapi kena control macho, tapi itu dlu sekarang xtau nak control macho cmne, sebab ikhlas beb memnag aku xpandai.

MPV ni kalu jadi cirri nyer adalah putih (mmg aku nak yg ni pun), 1800cc (mestilah mahukan kuasa), seat leather tu je cirri penting. Dalam kepala ni version modified telah tersedia heheheh moh modi lagi……..

Khamis, 6 Oktober 2011

Langkawi episode 1



















Yes akhirnya aku berjaya menjejakan kaki ke pulau. Percutian yang pada mulanya dirancang tahun ini adalah ke Alor setar bertukar kepada Pulau Langkawi. Percutian macam biasa 3 hari 2 malam dengan bajet yang agak tinggi pada kali ini.Tempat penginapan adalah di Holiday Villa, tapi rumah peranginan kerajaan je lah, RM55 semalam dengan fasiliti sama macam bilik berharga rm120 semalam. Dari yang aku dapat tau rumah peranginan ni milik kerajaan tapi di uruskan oleh holiday villa yang juga punyai hotel di kawasan yang sama, jadi bangunan dan konsep bilik sama je lah, tak terasa plak akan kemurahan tu, sebab sama segalaya.
Langkawi walaupun 3hari 2 malam memang tak cukup pusing untuk lawat semua nya tempat menarik, aku walaupun punyai tintatif, tapi tetap miss tempat yang di rancang kerana satu-satu masa di sesuatu lokasi yang agak lama.


Pengalaman pertama naik feri dari Kuala Kedah ke Pulau mulanya agak nervous tapi sebab feri ni besar bukan cam perahu jadi xrasa sangat gelora ombak di laut. Setiba di jeti amik plak kete sewa, yes sewa kete paling murah je, bukan nak berlagak pun sebab nak gi sesuatu lokasi dengan mudah, kat langkawi nix de bas henti-henti cam Intrakota or Rapid tu.


Tempat yang sempat gi:- Under waterworld yg hampeh walaupun bayaran agak mahal, aku rasa masuk kedai ikan kat sebelah Wet World Shah Alam tu lagi meriah dari di Langkawi ni. Pakej hoping Islan RM25 dapat g 3 tempat, Pulau Dayang Bunting, Tengok Helang kat Pulau apa ntah lupa plak dan Pulau Beras Basah. Ni kira kena naik bot lah dia bawak gi semua tempat ni. Gi naik cable car di gunung Mat Chincang, uh seram gak, kira Genting tu x seram ler jika di bandingkan kat Langkawi ni.


Selain tu pusing-pusing 1 langkawi tengok gate tempat menarik yang xsempat nak lawat dan tempat yang bleh diberhenti sepanjang jalan. Aku plaing terkilan xdapat g Galeria Perdana sebab masa tak cukup, hehhehe nak tengok sejibik Daihatsu Mira-J kat ctu, yang Daihatsu hadiah kat Tun Mahathir masa pelancaran Perodua dlu2.


Secara keseluruhan Langkawi memang best, dan pastinya kali pertama datang memang xdapat melawat habis pulau ini. Kena ada episode 2 pulak. Huhuhu denga RM500 aku mampu ke Langkawi 3 hari 2 Malam.

Rabu, 5 Oktober 2011

Surat Untuk PLUS




Saya antara jutaan pengguna Lebuh raya Utara Selatan hampir 14 tahun. Perjalanan biasa saya adalah di antara Tol Ayer Hitam Johor dan Sungai Besi Kuala Lumpur. Pada 3Oktober 2011 kira-kira jam 8.56 malam saya telah singgah di R&R Jejantas Air Keroh Arah Selatan untuk membeli minuman dan membasuh muka di bilik air yang di sediakan.

Sebaik turun dari kereta dan melangkah ke koridor bilik air, saya telah di sapa mesra oleh seorang pekerja pembersih yang saya percaya berdasarkan baju yang dipakai jingga putih tertera dengan jelas perkataan kontraktor Propel Saya agak terkejut kerana sepanjang menggunakan ke semua bilik air di sepanjang R&R PLUS selama ini belum pernah ada sesiapa pekerja pembersih yang menegur saya.

Teguran sopannya mudah, “encik mahu mandi ke? Basuh muka?” saya hanya mahu membasuh muka sahaja tujuan ke situ dan seterusnya dia menyatakan bahawa tisu ada tersedia di tepi dinding sinki. Saya mengucapakan terima kasih dengan senyuman kepada pekerja berkenaan.Pada mulanya saya agak terkejut berdasarkan pengalaman penggunaan sebelum ini di bilik air PLUS belum pernah ada yang menegur dan memberi sapaan mudah. Saya anggap satu layanan baik dari lelaki India berusia dalam lingkungan 40 ke 50an tersebut. Selesai menggunakan bilik air berkenaan saya duduk di hadapan kereta dan mendengar lelaki itu memberi tunjuk ajar kepada seorang lagi pekerja perempuan untuk bekerja dengan betul bagi memastikan kepuasan pelanggan yang akan menggunakannya nanti.

Sikap lelaki ini walaupun tidak seberapa tapi ia jelas memberi kepuasan dan penghargaan kepada saya dalam menggunakan lebuhraya PLUS selama ini. Tahniah ke atas lelaki berkenaan, saya sebagai pelanggan bukanlah mahukan layanan sapaan dan teguran berterusan cukuplah dengan sekecil senyuman yang mampu memberi seribu makna.

hyrul.melaka