Blogger Backgrounds

Khamis, 2 Jun 2011

Cubitan Lalu Untuk Angka 3




Yea hari ini sudah genap 3 tahun aku di sini. Selamat Ulangtahun Ke 3 disini dengan kata lain Tahniah. Sudah mendapat taraf tetap pun. Kalu di kira pakai jari tidak lah lama man aku berada di sini tambahan pula dengan dunia akhir zaman ini yang kiraan nya di rasakan begitu cepat masa berlalu. Rasanya juga tak banyak pengalaman yang diperolehi di sini, tapi apa boleh buat aku layanz sahaja.

Kenang-kenang kembali sepanjang 3 tahun ini, tak banyak juga apa yang manis atau pahit untuk diceritakan. Mungkin ia telah terukir di catatan-catan aku selama ini di blog ini. Cuma pencapaian terbaik aku ialah dapat berhutang rumah bersama bank RHB hehehehe bukan beli tapi berghutang, tunggu 25tahun lagi akan jadi milik aku, jika blog ini kekal 25tahun lagi aku akan cerita pengalaman sepanjang aku dalam usaha membayar hutang rumah hingga selesai.

Izinkan juga aku mencoret di sini, sudah 3 tahun aku berpisah dengannya. Namun segalanya masih aku kenang, biarlah orang kata aku gila atau apa sahaja, yang penting aku mengingatinya. Mengingat sekadar mengigati bukan untuk memperolehi. Ia kenangan aku hanya melayan perasaan dengan kenangan, untuk senyum, untuk serius mahupun untuk sedih. Tidak lebih dari itu. Kepada atau walau sesiapa pun yang membaca coretan ini percayalah tiada apa antara aku dan dia lagi. Harap memahami, aku manusia, aku juga seperti kamu mengingati sesuatu untuk melayan perasaan. Oh angka 3…………….