Blogger Backgrounds

Jumaat, 3 Jun 2011

Indahnya disana


Tahukah anda keindahan sesuatu keindahan itu? Manusia lazimnya mengaitkan keindahan itu adalah kebahagian. Sudah pasti semua manusia sukakan keindahan itu. Adakah kita pasti sekarang ini kita bahagia dengan keindahan itu.

Aku melihat dunia di sebelah sana ada keindahan untuk kebahagian. Syukur akan semua itu, hidup yang tenang, suka dengan sedikit duka merupakan lumrah kehidupan, jadi apakah erti duka jika dalam seminggu 6 hari kita bahagia.

Aku ingin menumpang kebahagian itu selama mana di izinkan, aku yakin kebahagian itu mampu bercambah menjadi yang terbaik. Biarlah aku bahagia di dalam hati sendiri.

Orang kata hidup tak selalunya indah. Tapi pada aku, yang patut mencipta keindahan itu berlandaskan hakikat yang kita inginkan adalah kita sendiri. Keindahan akan disertai dengan kebahagiaan dan kenangan yang tak mampu kita ceritakan.

Andai ketika itu kita gembira, jangan pula kita lupa bahawa kesedihan pasti akan menuntut haknya. Bersedialah untuk kita menangis. Aku mungkin gentar untuk menangis, tetapi hakikat mesti diterima.

Hope kamu sentiasa berbahagia disana.