Blogger Backgrounds

Khamis, 7 Julai 2011

Mengapa BERSIH bukan antivirus 2.0

Tiba-tiba rakyat Malaysia suka akan kebersihan tetapi ada juga yang tak suka kebersihan. Dalam suka atau tidak, yang penting masing-masing ada pendapat dan mempertahankan diri masing-masing, untuk pro atau contra mereka sahaja yang membicarakan, Jika kita suka kebersihan maka secara totalnya kita akan cakap kekotoran itu memang langsung xberguna. Maka jika kekotoran yang kita suka maka secara totalnya kita kata kebersihan itu xberguna langsung.

Suka atau tak suka boleh dijadikan peperangan bagi mempopularkan diri. Guna apa sahaja cara untuk popular sehingga sanggup melanggar perinsip hukum dan tabii manusia bahawa ada perkara yang xbetul di katakan betul sebab nak populor. Kalu di fikir nyamuk itu memang tidak berguna tapi setiap ciptaan itu ada pro dan contra nye, sebab manusia ada otak jadi fikirkanlah.

8 Tuntutan menuntu kebersihan:

-Bersihkan senarai undi

-Mereformasikan undi pos

-Gunakan dakwat kekal

-Akses media bebas & adil

-Masa berkempen minima 21 hari

-Kukuhkan institusi awam

-Hentikan rasuah

-Hentikan politik kotor

Demonstasi di katakan aman, emm aku xyakin bleh aman kalu dh ramai2 yang dtg dengan mcm2 pemikiran dan fahaman, mesti ada yang degil, wat di tempat awam merupakan satu kebahayaan...Orang pergi tengok bola pun aman tapi balik berdarah2 sebab bertumbuk, uhh xpercaya aku..

Aduhai Berita dikau menjadi Dokumentari?


Sejak akhir-akhir ini atau mungin sejak akhir-akhir lalu lama dahulu, menonton berita TV3 yang aku gemari telah menjadi seakan-akan telah menjadi menonton sebuah rancangan majalah seperti majalah 3. Apabila berita telah menjadi sebuah dokumentari yang memperceritakan mengenai sesebuah isu dengan mengambil masa yang lama, jadi di manakah berita yang sepatutnya diberitakan kepada penonton? Adak ala apabila aku pulang ke kampung, bapaku lebih rela membuka siaran TV9 untuk menonton berita, cuba anda perhatikan apa bezanya berita di TV3 dan juga TV9? Memang lain, di sebabkan aku tak biasa menonton TV9 maka acuan itu aku anggap janggal, tetapi dalam masa yang sama inilah dia berita siaran berita yang sebenar yang aku mahukan.



Aku bukan mahukan cerita video seks yang di dokumentarikan, aku juga bukan mahukan demonstrasi jalanan yang di sensasikan, cukup sekadar tahu tetapi bukan dengan perincian sejarah dan pendapat yang aku rs memang tidak memfaktakan secara betul atau totally tepat dari segi pro dan contra nya. Apa lagi selepas ini yang ingin di dokumetarikan? Walaupun sedar aku terpaksa melihat di sebabkan keterbiasaan dengan TV3.