Blogger Backgrounds

Selasa, 12 Julai 2011

My Best Friend Wedding 2011





















Yup teman baik aku sejak mula pindah ke Felda telah menamatkan zaman bujangnya pada tanggal 8 Julai. So aku sebagai teman baiknya kenalah berada di setiap majlis resepsinya, Cuma aku sudah terlalu tua untuk menjadi pengapitnya. Ah tak kisah ler tu.


Alhamdulliah dia bertemu jodoh juga setelah hampir 10 tahun lalu kecewa akibat perempuan aka tunanganya. Well kita boleh kata mungkin bukan jodoh so xjadi ler kan.
Bermula 8 Julai dengan majlis penikahan di felcra Sungai Ara, katanya ni felda Ina Naim tunangan Mawi dulu, entahlah aku pun tak amik port sangat si artis tu.
Selamat di ijabkabulkan tepat jam 5.41 petang dengan sekali lafaz dalam suasana hujan lebat tanda rahmat.. Tahniah…


9 Julai penghantaran dia ke rumah perempuan sekali lagi bagi majlis resepsi dalam suasana suam-suam hujan. Dan berakhir 10 julai dengan majlis resepsi di rumahnya.
Penat 3 hari, tetapi tetap puas, sebab kawen hanya sekali kan.
Anyway semoga perkahwinan ini akan kekal selamanya…