Blogger Backgrounds

Rabu, 10 Ogos 2011

Puasa ke 6

Ari sabtu seharian duk kat umah, sebab arini aku nak buat mural kat dinding sudut dapur bahagian tempat meja makan. Bahan-bahannya:- LCD projector, Laptop, pensel 2B dan dinding yang perlu di conteng.

Corak dah dipilih lebih awal, pehh memang xde pengalaman buat ni, tapi aku just cuba-cuba untuk dinding yang kosong itu. Segalanya berjalan lancar membawa kepada seharian melukis, peh azab dr berpeluh sampai xde peluh dah keluar di sebabkan puasa. Yes Berjaya tapi ni baru melukis belum lagi level mengecat pulak. Emm yang mengecat postpone dulu coz cat xde. Bila free sambung lagi. Yang penting LCD projector kena pulangkan bila isnin nanti, alah pinjam kan.
Dek di sebabkan seharian membanting tulang di dinding maka secara gear automatiknya badan menjadi letih serta xde idea nak masak apa untuk berbuka. Tiba-tiba cam nak makan nasi beriani..emm best gak kan.

Dengan bangga nyer aku terus ke bazar ramadhan yang terdekat, tapi macam jauh gak dari umah aku. Panjang gerai-gerainya, untuk rekod sehingga puasa ke 6 ini aku belum lagi menjejakkan kaki ke Bazar Ramadhan. Dalam hati memang malas pun sebab dalam aisbox aku tu penuh dengan stok bahan mentah.

Macambiasa kena tawaf sekali dlu untuk melihat menu yang betul-betul stabil dari segi kehendak dan harga. Rata-rata aku tengok juadah agak mahal sedikit dari tahun lepas, kalau dulu kuih boleh dapat seringgit 4 keping tapi kali ini semua nyer sudah menjadi 3 keping, belum lagi jenis nasi berbungus ataupun lauk-pauk. Uh menyeramkan, terdengar juga ada orang berbisik sesama mereka bahawa ada lokasi lain yang lebih murah..emm entahlah. Aku jumpa apa yang aku hajati dan bertolak balik mengikut jalan jauh bagi mengisi masa supaya balik terus dengan dengan waktu berbuka.