Blogger Backgrounds

Selasa, 23 Ogos 2011

Angka 22



Tak segaja mengingati tetapi aku pun tak tahu nape aku ingat sangat tarikh ni, walaupun hanya sekali dibicarakan dan terlekat diotakku????Apa khabar dirinya di sana? Tiada berita hari ini, mungkin segalanya telah dipermudahkan. Alahmdullilah harapan aku jauh di sanubari ini. Aku tumpang gembira di atas segala yang dikurniakan kepadanya.Menumpang bukan bererti mengemis atau menagih tetapi biarlah sekadar untuk membahagiakan hati ini sendiri. Tak dapat gambarkan segalanya.
Sejak akhir ini rakan sekerjaku kerap bertanyakan dirinya kepadaku, aku seakan tidak melayan apa yang ditanya sehingga disedarinya, maaf aku tak mahu kisah duka aku dikongsi bersama sebagai suatu bahan ejekan ataupun gurauan, biarlah aku sahaja yang mengerti betapa apa yang telah berlaku.Orang tak akan memahaminya.
Tahniah untukmu, semoga menjadi insan yang diberkati dengan apa yang dikurniakan.