Blogger Backgrounds

Khamis, 22 September 2011

Hari Raya yang masih terasa

Walaupun hari raya telah berlalu hampir 2 minggu, bahang makan-makan dan makan warga mesia ni masih terasa. Semalam baru berlangsung Jamuan hari Raya peringkat university tempat aku bekerja. Macam tahun-tahun sebelumnya setiap jabatan dan fakulti akan di beri satu tema makanan untuk di jamukan bersama pada hari berlangsung. Kali ini temanyer adalah makanan mengikut negeri. Jabatan aku mendapat tema makanan negeri Terengganu. So secara automatiknya keropok lekor menjadi pilihan hidangan. Bukan sahaja makanan malah keceriaan gerai juga mestilah bertemakan negeri berkenaan. Warga kerja organisasiku yang komited (ada juga yang xkomited) berusaha menyubangkan idea dan tenaga dalam memastikan gerai kami terbaik, ada juga yang memberi sumbangan kehadiran sahaja. Aku? Malas sangat nak bersungguh, datang tunjuk muka bagi support kengkawan je.Hari kejadian yang penting makan dan makan. Macam biasa aku juga orang mesia yang memang suka makan.