Blogger Backgrounds

Khamis, 6 Oktober 2011

Langkawi episode 1



















Yes akhirnya aku berjaya menjejakan kaki ke pulau. Percutian yang pada mulanya dirancang tahun ini adalah ke Alor setar bertukar kepada Pulau Langkawi. Percutian macam biasa 3 hari 2 malam dengan bajet yang agak tinggi pada kali ini.Tempat penginapan adalah di Holiday Villa, tapi rumah peranginan kerajaan je lah, RM55 semalam dengan fasiliti sama macam bilik berharga rm120 semalam. Dari yang aku dapat tau rumah peranginan ni milik kerajaan tapi di uruskan oleh holiday villa yang juga punyai hotel di kawasan yang sama, jadi bangunan dan konsep bilik sama je lah, tak terasa plak akan kemurahan tu, sebab sama segalaya.
Langkawi walaupun 3hari 2 malam memang tak cukup pusing untuk lawat semua nya tempat menarik, aku walaupun punyai tintatif, tapi tetap miss tempat yang di rancang kerana satu-satu masa di sesuatu lokasi yang agak lama.


Pengalaman pertama naik feri dari Kuala Kedah ke Pulau mulanya agak nervous tapi sebab feri ni besar bukan cam perahu jadi xrasa sangat gelora ombak di laut. Setiba di jeti amik plak kete sewa, yes sewa kete paling murah je, bukan nak berlagak pun sebab nak gi sesuatu lokasi dengan mudah, kat langkawi nix de bas henti-henti cam Intrakota or Rapid tu.


Tempat yang sempat gi:- Under waterworld yg hampeh walaupun bayaran agak mahal, aku rasa masuk kedai ikan kat sebelah Wet World Shah Alam tu lagi meriah dari di Langkawi ni. Pakej hoping Islan RM25 dapat g 3 tempat, Pulau Dayang Bunting, Tengok Helang kat Pulau apa ntah lupa plak dan Pulau Beras Basah. Ni kira kena naik bot lah dia bawak gi semua tempat ni. Gi naik cable car di gunung Mat Chincang, uh seram gak, kira Genting tu x seram ler jika di bandingkan kat Langkawi ni.


Selain tu pusing-pusing 1 langkawi tengok gate tempat menarik yang xsempat nak lawat dan tempat yang bleh diberhenti sepanjang jalan. Aku plaing terkilan xdapat g Galeria Perdana sebab masa tak cukup, hehhehe nak tengok sejibik Daihatsu Mira-J kat ctu, yang Daihatsu hadiah kat Tun Mahathir masa pelancaran Perodua dlu2.


Secara keseluruhan Langkawi memang best, dan pastinya kali pertama datang memang xdapat melawat habis pulau ini. Kena ada episode 2 pulak. Huhuhu denga RM500 aku mampu ke Langkawi 3 hari 2 Malam.