Blogger Backgrounds

Selasa, 1 November 2011

Siapakah? Mengapakah wajahmu persis si dia???





Weekend lepas aku pulang ke kampung kerana jiran sebelah rumah aku mengadakan kenduri kahwin anak perempuan nya. Seperti tercatit pada catatan lepas, ayah pengantin perempuan ini baru sahaja meninggal dunia, walaupun agak dalam kesedihan, majlis harus diteruskan memandangkan segala persiapan telah dibuat dan di rancang dengan teliti, paling utama kad jemputan telah di edarkan.

Macam biasa aku sekadar menyibukkan diri yang tak berapa nak sibuk di dalam majlis berkenaan. Menjelang petang perarakkan pengantin lelaki tiba tanpa iringan kompang, tetapi slot pelamin tetap ada. Aku mula terpandang persis si dia ketika seisi mengambil gambar bersama pengantin di pelamin, tiba-tiba aku rasa terpegun bukan terkejut, yea persis ini pernah hadir dalam hidupku dlu tp tidaklah sampai terpancar video clip bersama nya lama dahulu. Otak aku dengan pantas membuka semula file lama yang telah tersimpan di dalam arkib itu dengan tiba-tiba. Yea dia….

Tapi semua itu hanya dibenakku tanpa ada seorang pun tahu apakah file yang telah aku buka itu, aku terus merenungi, dan memanatap persis itu sepuasnya sehingga ia beradar dari majlis itu. Memanglah itu bukannya tapi perisi itu benar-benar dirasakan aku begitu rapat dengan nya. Ahh itu perasaan dan bayangan aku sahaja. Selamat tinggal ‘Ina’, walaupun nama itu sahaja yang aku tau ketika majlis itu…semoga berjumpa lagi, percayalah aku tak bisa memilikimu lagi……………………….seperti kisah terdahulu….terima kasih kerana hadir pada hari ini untuk kuntuman senyuman dihatiku ini…………………….

Kebahagian itu adalah kurnia
Mungkin takdir ketentuan azali
Terbanglah dikau seluas dunia
Moga kelak bersua kembali