Blogger Backgrounds

Selasa, 29 November 2011

Welcome to three-SERIES





antara jentera yang lahir pada 1981

Semalam menjejakkan angka usianya kepada 30. Maaf tiada sebaris sms untuk mengucapkan “selamat harijadi” kerana aku sedar akan hari cuti dan tidak memungkinkan aku untuk itu.

Memasuki usia 30 tahun aku harapkan dia matang dalam segala hal yang dilalui dalam kehidupan ini, aku selalu menulis dengan rasa hati aku bahawa pengalaman itu adalah ilmu yang baik dalam kehidupan ini, dan seharusnya dengan ilmu yang diperolehi itu akan membuatkan kita matang dalam segala hal yang dihadapi. Penilaian yang baik sebagai manusia mampu menjadikan kita berfikir dengan otak sama ada perbezaan negatif dan positif itu perlu bagi meneruskan kehidupan.

Mungkin angka 30 ini jelas dengan kurniaan bernilai baginya melalui kehadiran permata hati di sisi.

Indah sungguh 3 series ini. Semoga dia terus matang seiring usianya.

Selamat Hari Lahir…………….