Blogger Backgrounds

Selasa, 6 Disember 2011

Apa aku FIKIR?

Minggu ni seakan tiada masa untuk aku merewang2, aku cuba utk menggelak dari merasa stress. Mungkin berjaya mungkin tidak.Apa yang aku hadapi sejak 3, 4 malam lepas macam nak demam tetapi tak demam-demam, yang pelik nya kenapa di waktu malam sahaja? Mistik? Aku ke klinik sebab supply ubat yang saki baki demam yang lepas tu dah abis. Emmm ternyata memang aku tak demam kata doctor. Hahahhaha pelik-pelik, dalam xdemam tu pun aku telan je ubat. Alhamdulliah malam ke 5 ni rasa dah feel ok for 98%. Yes aku dah pulih akhirnya? Uikkk dah akhir ke? Ah biarkan ia berlalu.

Jentera baru yang kat garaj ni dah hampir sebulan aku bwk balik, skit pun aku tak sentuh apa2 lagi, agak pelik bagi kaki modifikasi seperti aku ni membiarkan sebuah jentera standart begitu lama. Yang penting aku tengah kering ni, mau gak 4, 5 bulan di biarkan begitu, lagipun dok tengah kumpul ilmu mengenai MPV, hehehehehe dalam otak ni ada gak puzzle puzzle yang belum lengkap lagi, kena bercampur gaul dulu dengan kengkawan yang main jentera ni, barulah dapat ilmu. Tapi ternyata membela sebuah jentera MPV ni memang UP kos nya. Itu baru kos asas memberi makan belum lagi campuran modifikasi luar biasa yang aku telah selesai di jentera pertamaku. Yes aku mesti boleh. Kombinasi penting rakan-ilmu dan juga $$$$.