Blogger Backgrounds

Khamis, 29 Disember 2011

Hujan, Hentian Bas dan Perempuan

Suatu petang ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, cuaca hujan aku melewati satu hentian bas dan terpandang seorang perempuan sedang duduk menunggu bas, dari kejauhan datang seekor anjing yang berlari hampir kebasahan menuju ke hentian bas tersebut lalu berhenti menumpang teduhan dari hujan yang turun. Sungguh terundum hati aku melihat dengan tiba-tiba perempuan itu menendang anjing itu seakan menyuruh beredar dari situ. Anjing itu dengan pantas terus berlari beredar dari situ membawa diri entah kemana sebab aku telah melewati hentian itu.

Terdetik dalam hati nak sahaja aku berhenti dan menendang perempuan itu pula. Antara betul dan salah, dan siapa hendak membela nasib anjing itu tadi? Lupakan genre haram, kembalikan sikap kemanusiaan.Maaf manusia anda semua telah gagal dari kepekertian tinggi yang diagung-agungkan itu. Belajar kembali apa itu dosa, apa itu pahala, apa itu dirimu sebenar.