Blogger Backgrounds

Jumaat, 29 Jun 2012

The review Mael Lambong : 2.5 binatang


Sabtu 23 Jun 2012 aku berkesempatan pergi menonton filem Mael lambong, sebab apa pergi menonton? pertama sebab Zizan razak dan yang kedua sebab kesinambungan nak lihat watak Mael Lambong dari versi Maharaja Lawak 2011. Aku mengharapkan filem ini benar2 memberi hiburan hujung menggu kepadaku. Memasukki panggung dengan harapan yang tinggi dan kelibat penonton yang  memenuhi ruang memberi aku semangat bahawa cerita dan tarikan Zizan Razak begitu kuat.

Ceritanya memang biasa tiada apa pun boleh di banggakan dari segi teknik tambahan, hanya watak-watak yang berjalan di atas skripnya. Sungguhpun begitu aku tetap terhibur dangan garapan teknik jalan cerita dan dialog dari watak. Sindiran kepada masyarakat itu jelas dan aku fahami tetapi tidaklah sebanyak dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Keseluruhan aku terhibur pada skala sederhana dan 2.5 binatang aku untuk filem ini dari 5 binatang. Jika di sambung ke filem kedua aku berharap watak "Ah Chai" patut di masukkan bagi menambah skala kehiburan penonton. Sebab mudah watak Mael Lambong dalam maharaja lawak di sokong oleh Ah Chai (Johan). Next filem???

Khamis, 28 Jun 2012

Tahniah, TKP baru erk.. Pemangku je dengarnya



Tepat jam 4.30 ptg kedengaran suara-suara tahniah dari bilik sebelahku, Aku dengan segera menjoinkan diri mendengar dengan lebih real perkhabaran itu. Yup berita yang ditunggu-tunggu, Ketua bahagian aku telah di naikkan pangkat kepada Timbalan Ketua Pustakawan (TKP) S48, tetapi agak pelik hanya Pemangku TKP sahaja, mungkin tempoh percubaan sebelum lantikkan sebenar ke jawatan hakiki TKP. Anyway tahniah dariku juga menyusul. Dari 3 calon dalaman yang memohon dan hadir temuduga, aku amat yakin ketua bahagianku akan mendapat jawatan ini kerana kelebihan beliau yang memiliki Msc in field library Management. Jawatan ini telah dikosongkan hampir 8 bulan sejak bersaranya orang lama di situ.

Perlantikkan ini aku harap akan membawa kepada corak pemerintahan yang diharapkan dari semua pihak, Corak pemerintahan yang "easy going" dan mempunyai hala tuju dan keputusan yang tepat untuk dilaksanakan. Mungkin corak itu belum boleh di lihat sekarang melainkan jawatan tertinggi di miliki oleh beliau, walaubagaimanapun ia haruslah di pupuk bermula dari langkah pertama.

Tahniah En. Azman………

Rabu, 13 Jun 2012

Go Malaysia Go...


Tahniah team Malayasia menang agregat 4-2.....semangat aku tgk kedua-dua perlawanan ni.....

Isnin, 11 Jun 2012

Mencari handset baru..actually baru merancang

Handset yang aku pkai sekarang, diam xdiam dah masuk 6 tahun pun, pasti korang belh agak hset aku kan macamana teknologinya kira-kira 6 tahun lalu tu. Untuk rekod aku seorang yang tak minat pada gadget, cukup sekadar aku boleh buat panggilan dan sms sahaja sudah mencukupi. Entahlah sifat aku ni aku pun tak tahu kenapa jadinya begitu berbanding dengan barang-barang kereta yang memang aku "up to date"

"ni DEFI bukan Dafi yea"

Memandang hset yang sudah berusia ini mungkin dah tua dan bateri mengalami masalah yang kritikal tahap ICU maka aku terpaksa di ulangi terpaksa mencari hset baru bagi memudahkan urusan komunikasi aku.
Terlanjur dah tukar biarlah moden sesuai dengan zaman kini.

"yang n katanya handset pintar. erk?"

Dalam kepala duk pk Nokia Lumia je cuma sekarang di peringat mencari info mengenai 4 modelnya yang ada di pasaran.Entahlah bukan nak 'up to date' sangat tapi sekadar memikirkan kemodenan sekarang untuk aku pkai sampai reput maybe 6 tahun lagi baru tukar hset jika tiada sebarang masalah dengan model yang dipilih kelak.

Haahaha itu lah aku.

Sabtu, 9 Jun 2012

Kantoi sudah : Macam biasa buat je….. acuk acuk



3 Jun 2012 kita dikejutkan dengan seorang anggota trafik mengalami kemalangan semasa bertugas operasi mat rempit (operasi cegah lumba haram di Taman Gembira) dan koma akibat dilibas dengan topi keledar oleh Mat Rempit,Memang menjadi topik jugaklah untuk 6 hari. Namun pada 8 Jun 2012 arwah telah pergi juan, itu kuasa tuhan. Al - Fatihah kepada Koperal Mustaghni Tabri anggota Polis Trafik berkenaan dan takziah untuk keluarga arwah.

Mengejutkan kenyataan polis hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa kecederaan yang dialami anggota berkenaan berkemungkinan akibat terkena lontaran satu objek oleh seorang anggota polis lain??????????????..... siasatan mendapati Mustaghni dicedera bukan akibat langsung terkena pukulan helmet tetapi terkena lontaran satu objek yang dipercayai dilakukan seorang anggota lain dalam pasukan polis yang menjalankan operasi pada malam tersebut

6 hari reputasi mat rempit jadi teruk yang lebih teruk dari selalunya. First tahniah pada geng forensic yang berjaya mencari punya ini, dan orang tak bersalah dapat dibersihkan reputasinya. Namun adakah pembongkaran terbaru ini akan dapat cover media macam 6 hari mat rempit dapat cover tadi?

Seramai tiga anggota berpangkat koperal, seorang sarjan dan seorang sarjan mejar ditahan. So well tunggu je lah, mungkin senyap je kot…..mungkin kan….

Sejak mula aku dengar beritanya, aku pun terdetik di dalam hati, jahat sangat ke Mat rempit? Mungkin jahat, sebab dalam filem melayu memang orang jahat kena kejar dengan hero dalam pelbagai cara, tapi tidak filem omputih orang jahat mampu jadi hero dan orang baik jadi jahat…erk apa aku merepek ni.

Adegan baling membaling ni rasa nye memang berlaku, kalu korang tgk 999 pun nampak skit-skit shoot ni..lama dah aku perhati dan terfikir “ada akta boleh membaling ni?”...jadi kedua-dua pihak yg nampak macam main perang-perang zaman kecik-kecik dulu..tapi beza askar baik ada kekebalan dan di mesia bila buruk je mesti org jahat yg salah walaupun yg baik tu wat sama je macam orang jahat

Teringat kembali zaman sekitar tahun 2007 rasanya, masa tu panas kes baling meja oleh geng JPJ…..jadi perkara ini memang ada percayalah..Bagi sesiapa yang mempunyai sedara atau ahli keluaraga atau miungkin anda sendiri anggota penguatkuasa, buat apa dok baling-baling /tahan badan ketika mat rempit memecut laju, bila terjadi kecederaan anda atau kematian anda? Apa yang dikenang? Paling kuat esok je anda masuk dalam berita dan akhbar, selepas itu macamana dengan keluarga anda? Boleh hidup dengan makan pingat? Otak mesti mau fikir dan penguatkuasaan mesti mengikut prosedur (SOP) dan logik otak bro…..

"nak buek apo tu kayu bang?"

ni plak kes lain : http://wanmarzukikeluargaku.blogspot.com/2012/03/baling-helmet.html

Jumaat, 8 Jun 2012

Welcome EURO 2012


 

Sungguhpun aku bukanlah orang yang fanatik mengenai bola, macam biasa bila tiba kejohanan besar aku akan turut serta menyibuk dengan kejohanan itu. Selepas Piala Dunia kini UERO pula. Bermula 8 Jun 2012 hingga 1 Julai 2012, Poland dan Ukraine dua negara berjiran akan menjadi tuan rumah.

Macam biasa team pilihan adalah GERMAN, so malam ni dah boleh start berhasrat untuk menonton bola, biasanya hasrat menang kekal dengan hasrat dan akhir sekali tidur menjadi realiti. Tahu keputusan esok pagi ketika bersiap nak pergi kerja melalui corong radio yang di pasang.
Itulah aku dan bola..................

Khamis, 7 Jun 2012

Pulau Pinang tungguuuuu aku datang..

Macam biasa tiap-tiap tahun akan ada versi percutian, maka tidak ketinggalan bagi tahun ini, lokasi? yup pulau mutiara. Mengapa? sebab aku belum pernah menjejakkan kaki ke pulau yang terkenal dengan kesesakan jalanrayanya.

Semua sedang diperingkat penyusunan tintatif jadual untuk kesana, mengenapasti lokasi-lokasi yang menarik untuk dikunjungi dan paling penting mengambil gambar sebagai bukti aku pernah ke situ.

Hotel telah ditempah awal malahan bayaran juga telah di selesaikan, maka tiada lagi masalah penginapan. Jentera untuk ke sana sedang menunggu masa untuk di bawa ke pusat servis bagi menjalani rawatan tertentu yang perlu.

Banyak juga tempat menarik di pulau ini, setelah di final list kan maka tempat-tempat ini menjadi senarai wajib:

                            Batu Ferringhi
                            KOMTAR
                            Taman Botanikal
                            Teluk Bahang Dam
                            Bukit Bendera
                            Taman Negara Penang
                            Port Conwallis
                            Little India
                            Floating mosque
                            Toy museum
                            War museum
                            Beger besar –dpn kayu nasi kandar/vistana hotel
                            Queensbay mall
                            Perangin mall
                            Padang Kota-pasemboq
                            Pasar chowrasta – jeruk
                            Depan pulau jerjak –laksa buyong penang/jagung bakar
                            P-Ramlee house

Banyak kan...emmm hope dengan penyusunan lokasi yang betul dapat pergi ke semua tempat ini.

 

 

Rabu, 6 Jun 2012

Congratulation..........


Picture talk everything. Congratulation to all of your...........

Jumaat, 1 Jun 2012

Angka 4 Datang Jua



Yea hari ini genap untuk angka 4 pula, 4 tahun telah berkhidmat di organisasi ini, Banyak dah di lalui, pencapaian terbaik untuk angka 4 ialah aku dapat membeli sebuah MPV dan secara jelas ia bukannya cash tapi berhutang dengan Public Bank pula, Jika angka 3 aku berjaya membeli rumah maka di angka 4 ini kenderaan pula menjadi keutamaan. Aku tiba-tiba terfikir apakah yang akan ada di angka 5? Isteri? Mungkin? kalu begitu angka 6 mesti ada anak pula..Kita merancang hanya tuhan yang menentukan. Tidak perlu di persoal tentang kerja tuhan cukup sekadar bermohon dariNYA. dengan usaha yang digerakkan.

4 juga menyimpan kenangan lalu bersama nya. Terlalu jauh dan semakin jauh semua itu, tapi yang jelas ia masih lagi di ingatanku ini. Biarlah waktu akan mensejarhakan segalanya untuk terus di kenang.semoga dia berbahagia.