Blogger Backgrounds

Khamis, 13 September 2012

Selamat Bersara Abang Abu Hassan




 Yang botak tu En Shahar berpindah ke pejabat pendaftar, aku pernah bekerja dengan nya di unit pentadbiran dulu, entahlah tapi aku happy je keje dgn dia walaupun ramai orang xberapa suka cara dia.




 Semua staf
 Seisi bergambar bersama Timbalan Ketua Pustakawan (Baju putih) dan Ketua Pustakawan (baju Merah) serta Pengerusi Kelab (Baju Biru)
 Ni lah En. Abu Hassan (yang kurus tu)
 Amir pembantu am pejabat, aku kenal dia start mula keje kt organisasi ni, kiranya dah 4 tahun lah. Beliau bertukar ke Pejabat Pendaftar jugak bahagian HRD



Jawatan terakhirnya adalah pembantu Perpustakaan Kanan di organisasiku, perjalanan kariernya bermula di UTM jalan semarak dank e UTM Skudai. Perjalanan kerjaya diteruskan ke Organisasiku apabila banyak tenaga import dari UTM di resap masuk ke organisai baru ini ketika 2001, maka tidak keterlaluan kami berasal kepergantungan dari UTM melalui polisi dan tenaga kerjanya. Perlahan-lahan kami mengambil staf sendiri selepas dari UTM. Berkhidmat di sini hampir 11 tahun dan akhirnya bersara pilihan tepat umur 55 tahun pada 31 Ogos 2012.

Beliau merupakan orang ke2 bersara semenjak organisasi kami diwujudkan selepas Timbalan Ketua kami pada akhir tahun 2011. Majlis ringkas diadakan pada 10hb September di sebuah resort sebagai tanda penghargaan kelab kepada beliau. Majlis ini turut meraikan pertukaran jabatan 2 orang staf iaitu Pembantu Am Peabat dan Penolong Pendaftar. Kepada En. Abu Hassan walaupun aku hanya mengenali beliau hanya 4 tahun, tetapi aku senang bersamanya dan menganggap seperti seorang bapa dan senior di organisasiku yang penuh pengalaman. Semoga kebersaraan ini mampu memberi sinar ketenangan ang dicari.





0 Komen: