Blogger Backgrounds

Selasa, 30 Oktober 2012

Laluan terganggu


entah kenapa dan bagaimana dan harus kah begininya...
tiba-tiba seakan di sekat untuk menelusri blog aku...dan juga mungkin semua blog
aku rasakan pihak universiti telah menyekat blog di dalam kawasan jajahan nyer
akibat menjadi slow utk buka page dan gambar kompom2 tiada
apalah nak berkarya pun susah....
tetapi aku pelik mengapa FB masih lagi laju...
ahhh xfaham aku....

jika korang lihat page dan gambar dari blog aku ni kecik or besar dan tak teratur
inilah sebabnya
aku xbleh view in real time.....

uh terseksa........

(tulisan terpaksa merah cz menggambarkan emosi kesal dan marah serta mungkin kecewa)

Isnin, 29 Oktober 2012

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha



Apa pengorbanan? Apa pengorbanan? Asyik duk berulang ayat ni je kat mana-mana. Buka TV sibuk tanya pengorbanan, Radio jugak, Puak-puak skema bila berbual pun bicara hal ini jugak malah golongan tak skema pun tiba-ba nak tanya apa pengorbanan anda? Hebatkan semua orang nak bercakap pasal pengorbanan di hari raya qurban ini.

Mencuit sedikit bagi hari raya Aidilfitri semua nak tanya puasa cukup x? hehhehe apa bleh buat itu lumrah..Lupakan aidilfitri seketika mari masuk ke alam qurban.

Pengertian dan jawapan masing-masing aku boleh tafsirkan hanya dua, pertama perpekstif mengikut agama Islam dan kedua mengikut naluri manusia itu. Aku tak mahu sentuh mengenai dari segi jawapan agama sebab itu jelas tak perlu personal. Yang manusia jugak aku xnak persoalkan. Tapi ragam manusia itu ingin aku utarakan…hehehhehe apasal dah gelak dulu ni cam lawak sangat je kan…well hidup kena ceria baru tak stress….walaupun kerapkali aku stresss….

Situasi 1

A : Apa pengorbanan abang Aidiladha ni?
B : Saya berkorban tak cuti bekerja (agak2 yea ke? Or memang bos tak bagi cuti???)

Situasi 2

A : Apa pengorbanan kakak Aidiladha ni?
B : Saya telah berkorban untuk tidak pergi shopping sempena nak sambut raya ni.. (erk? Erk?....)

Situasi 3

A : Apa pengorbanan encik Aidiladha ni?
B : Erk? Nak raya dah ke? Xsedar plak…..xde pun pengumuman mohor besar? Lagipun kat Tv sibuk promote deepavali je, raya haji xde plak? Radio asyik ulang lagu Gangnam je…tu lagu raya ke?

Itu kita, yea itulah kita…kalu salah maafkan saya sahaja, mungkin itu illusi tanpa sedar saya yang menaip hakikat kebenaran. Kita mungkin dibuai keselesaaan sehingga gagal menghayati erti sebenar Hari Raya Aidiladha ini.

Jika Aidilfitri mungkin kita terseksa agaknya menahan lapar dan tak sabar nak lepas dari belenggu kelaparan, maka merdeka adalah yang di nanti.

Entahlah jika kini aku telah merasai perbezaan itu, maka jika anak cucu aku kelak mungkin dilupakan terus hakikat Aidiladha ini. Mungkin tinggal nama atau mungkin lebih besar dari itu.

Sempena Aidiladha ini naluri aku kuat mencari erti keikhlasan sebelum berbicara mengenai pengorbanan….bagi aku keikhlasan perlu dihayati dan difahami sebelum segalanya. Aku masih gagal mencari 100% keikhlasan dalam diri….Maka, mana mungkin pengorbanan yang telah aku buat selama ini merupakan sebenar-benar pengorbanan?

Ikhlaskan kan hati bagi mencari erti sebenar pengorbanan yang telah dilakukan…susah-susah….

Rabu, 24 Oktober 2012

Bercuti Ke Pulau Pangkor : Versi Gambar

























Isnin, 22 Oktober 2012

Bercuti ke Pulau Pangkor : 5-7 OKT 2012

Macam biasa bila dah hujung-hujung ketahunan setiap tahun aku akan pergi bercuti, kali ini ke Pulau Pangkor yang terletak di negeri Perak yop!

Kalu ikut populoriti dari segi ranking sebutan pulau-pulau kat Malaysia ni, aku rasa Pangkor maybe dalam list kelompok 2 hingga 5, selepas atau sebelum Pulau Perhentian, Redang atau Tioman. Yang pertama of course ler Langkawi.

Yes aku berjaya tahluki Pulau Pangkor pula bagi episode ini. Amacam? Bangga nyer aku…Macam biasa percutian aku akan mengambil mode 3 Hari 2 Malam.

Feri RM 10

Pergi dan balik guna tiket sama, cz bayar sekali je masa di jeti Lumut, simpan tiket untuk balik je.

Sewa motor rm25 sehari X 2 hari

Uh motor nyer Yamaha Sport je, aku nasihatkan bagi sesapa yang nk sewa motor di cni, turun dari feri akan ramai mnyapa utk khidmat penyewaan ini. Tengok motor dlu br deal rege. Kalu sewa kete rm80 xkira model apa pun.

Hotel

Bleh try usha google dlu sebelum pergi bercuti untuk booking. Senang bila dah booking. Aku stay kat Purnama Beach Resort Teluk Nipah rm105 bagi smart chalet.

Kebanyakkan hotel class skit terletak di Pasir Bongak, namun di sni gerai utk makan agak kurang, tetapi pada aku kalu dah sewa kenderaan xde masalah untuk bergerak cz teluk nipah stakat dalm 2-3km je lagi. Lokasi aku bleh kategorikan cmgini ah ( Bandar Pangkor/Jeti - Pasir Bogak – Teluk Nipah)

Makanan

Pehh aku agak terkejut kerana makan kt sni agak mahal, sepanjang aku stay kt Teluk Nipah, makan memang agak mahal sedkit, tak pasti plak kalu di pasir bogak, tapi kat Bandar Pangkor agak relevan. Jangan lupa try makan Laksa Meek t Pangkor Kopitiam, lokasi kat jeti, kalu turun feri cer tgk belah kanan pasti nampak, mula aku ingat stendet pelik2 cm kopitiam kt tanah besar tapi ternyata harga gerai yang relevan sangat dan sangat hehehhee…

Aktiviti

Island tour ke pulau Mentagor dgn Pulau Giam yang ada aktiviti snorkeling berhadapan dengan teluk Nipah, kat pantai banyak ynag tawarkan perkhidmatan ni, terpulang pada rege, aku kena RM25 seorang utk pusing pulau dgn bot dgn snorkeling (yang serius nmpk batu je masa snorkeling)

Yang lain aku pusing2 pulau je singgah2 tmpt menarik, tak banyak pun..uhhh

Ole-ole

Kalu nak beli makanan hasil laut macam ikan bilis, satay ikan dsb aku suggest beli kat jeti lumut tu je cz lagi murah berbanding di pulau. Baju bleh beli kt pulau tu je.


Ni hasil percutian aku

Day 1

Main tepi pantai
Pusing 1 pulau
Lepak Pasir Bogak
Lepak Teluk Nipah
Lepak Bandar Pangkor
Lawat Kota Belanda
Makan

Day 2

Island tour
Snorkeling
Lawat galeri Pangkor
Lawat Kilang ikan bilis/satay ikan
Mandi laut

Day 3

Shupping
Balik
Jalan-jalan kt Bandar Lumut
Balik


Itu sahaja yang aku terfikir ni…jika ada yang membaca blog aku dan ingin tahu lagi apa yang spatutnya nak tau bleh email kat aku dreamseven7@yahoo.com.my, insyaallah apa yang aku tau aku share…..

Khamis, 18 Oktober 2012

Konvokesyen ke 8



Macam kebiasaan seperti 3 versi yang lalu---sah aku jadi pengiring VIP lagi---mungkin tetap dan berpencen kot jawatan ni..

Walaupun ura2 aritu aku cm nak tarik diri tahun ni----erk cmne bleh terjebak lagi?---gatai sangup semula…uhhhh

Tahun ni aku iringi aka merangkap bodyguard tak sasa tapi bukan raksasa kepada salah seorang ahli Lembaga Pengarah Universiti

Selidik punya selidik---alamak aku kenal lah dia----senang skit keje…

Bagi konvokesyen kali ini pihak Universiti dalam keadaan berjaga-jaga, terutama apabila di katakan 3 IPTA lain menghadapi masalah dengan pelajar dan orang awam yang masuk. Termasuk salah 1 yang termasuk dalam youtube ni..

Klik : Konvokesyen UM

Memang benar ini DAY diaorang, tp protocol manusia bagi majlis rasmi adalah perlu.

Selamat berkonvokesyen semua

Rabu, 17 Oktober 2012

Aku rasa cam nak tulis lagu


"Gifted"
 itu adalah kata-kata yang keluar dari mulut rakan aku apabila aku bertanyakan mengapa dunia muzik di Indonesia mampu melahirkan bait-bait lirik yang begitu mempersonakan. Yea aku pun mungkin mengakuinya, "gifted" adalah anugerah tuhan kepada sesorang, mereka ada bakat dalam bidang itu, kalu kita tiada bakat dalam bidang itu, mampukah berbuat begitu? Apa salahnya mencuba…tapi bab lirik lah, kena bab susunan muzik..alamak aku memang fail lah itu terang-terang ...…cer cuba skit wat lirik……………




Tribute to Yasmin J Hunwick
Tetttt ni spontan je, tp bersungguh mampukah???? segala hakcipta terpelihara......

Jumaat, 12 Oktober 2012

Siapa Kamal Affandi Hashim ?



Salah Seorang yang aku admire dalam kerjaya ialah hamba Allah ini Kamal Affandi Hashim.

 
Truly apa yang aku suka kat dia adalah :
  1. Penganalisis jenayah
  2. Ilmu
  3. Penyampaian
  4. Karektor
Ok itu sudah cukup, xperlu banyak mende tersenarai untuk mengkagumi orang, janji ada aura yang aku rasakan ia manusia berguna untuk aku kagumi….
 
Aku mula mengenali nama ini agak lama, namun masa tu mungkin dia belum famous dan jadi sebutan orang, dan aku juga kagumi sebab sehingga sekarang dia masih belum dapat gelaran dato atau Datuk, mengapa? Sebab bila dh dapat gelaran itu orang mula kenal so aku rasakan aku mungkin agak terlambat, aku lebih senang dengan nama Encik Kamal Affandi Hashim. Mengenali orang hebat bermula dari bawah, bukan mengenali orang hebat dari pangkatnya.
 
Kalu di fikir-fikir atau aku memikir sendiri, agak-agak 10 tahun lepas atau mungkin sekarang, ada ke orang nak jadi penganalisis jenayah ni?
 
Kompon kalu aku kat sekolah dulu cakap kat cikgu
 
Cikgu : Hyrul awak cita2 dah besar nak jadi mende?
Aku : Pakar Jenayah cikgu….
 
Kalu korang cikgu tu apa korang cakap kat aku semula? Kompom-kompom kawan2 sekelas aku masa tu gelak kat aku tahap guling2 atas siling bertaburan sehingga ke kantin kan…..grrrr
 
Tapi itu mungkin hakikat 10 tahun dahulu atau mungkin juga sekarang seperti aku perkatakan tadi. Hakikat untuk menjadi seorang yang lain dari yag lain pada masa akan datang semestinya aku ulangi semestinya di tertawai atau diperseda oleh orang.
 
Jadi apabila sudah Berjaya? Macam angkasawan Negara? Semua orang sanjung kan? Insan seperti kamal affandi inilah yang mencetus perubahan di masa lalu untuk masa depan iaitu kini.
 
Beliau bermula di arena kerjaya sebagai wartawan serta jurugambar, kemudiannya telah berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia selama 7 tahun dan kemudian melanjutkan pengajian dalam pengkhususan Jenayah di United Kingdom. Beliau merupakan warga Asia pertama mengikuti bidang tersebut (berbalik apa kata cikgu tadi ek)
 
Namun minggu lepas kita dikejutkan dengan AVM aka "Arteriovenous malformation”, penyakit yang dibawai oleh beliau sejak lahir lagi tetapi tidak diketahui. Ia adalah berkaitan “urat ekstra” dalam kepala dan urat itu mengganggu fungi koordinasi otak dan dikatakan sesekali tidak mampu mengawal pergerakan tangan kanan, selalu sakit kepala.
 
RM40k diperlukan bagi rawatan tersebut, jika tidak kesannya kemungkinan menganggu sistem komunikasinya..
 
Secara jujur aku mengatakan wahai Kamal Affandi kami sebagai rakyat Malaysia masih perlukan ilmu dan jasa berterusan anda untuk di menafaat. Ayuh rakyat Malaysia yang perihatin mari kita bangun bersama membantu usaha ke arah menikmati ilmu yang beliau ada.
 
Sumbangan jika anda prihatin Public Bank Kamal Affandi hashim : 4007 85 2977
 
Ini blog beliau : kamalfndhashim.blogspot..namun setelah lama aku perhatikan seolah blog ini kurang aktif, mungkin ada sebab nya. Tapi di FB Kamal Affendi Hashim Fan Club masih aktif sehingga ke saat ini.
 
Aku berdoa semoga beliau tabah menghadapi dugaan dan segera sembuh untuk kebaikan. Jumpa anda di suatu hari nanti bersama senyuman. Common Kamal Affandi dunia ini sentiasa adil kepada orang yang mulia...

Rabu, 10 Oktober 2012

Selamat ber PMR



Selamat menghadapi peperiksaaan Penilaian Menengah Rendah kepada semua golongan pelajar yang berumur 15 tahun dan masih bersekolah. Walaupun ada sesetengah pihak mengatakan peperiksaan ini tak penting, tapi pada aku, perlu kerana ia mengukur prestasi diri bagi menentukan ke manakah perlu membawa diri pada tingkatan 4 kelak.

Dahulu aku menduduki peperiksaan PMR dengan cara sederhana, sebab sepanjang aku bersekolah, aku tak pernah bertusyen atau mungkin zaman aku tu tusyen tak dipandang sebagai sesuatu yang perlu. Cukup belajar dari jam 7.30 pagi hingga 1 petang setiap hari bersekolah. Yang penting aku fokus masa cikgu mengajar, Alhamdulillah memang cara itu buatkan aku faham dan xpyh bersungguh sangat untuk baca buku menjelang peperiksaan.

Selamat menjalani peperiksaan kepada semua calon PMR 2012…

Selasa, 2 Oktober 2012

Bajet dari perpektif : orang yang tak tahu apa itu bajet tetapi tiba-tiba jadi tahu


Bajet Negara bagi tahun 2013 telah diumunkan oleh Perdana Menteri pada petang 28 Sept 2012 yang lalu. Aku dan jutaan rakyat Malaysia yang lain turut mengikuti…tetapi ada jugak berjuta yang tak dengar pun. Korang rasa semua orang faham ke pasal yang dibentangkan oleh PM tu?    


(suasana di sebuah kedai runcit di kampung Seberang, 6.30 petang, selepas PM bentangkan bajet)

Makcik Esah : Wau dapat rm500 lagi lah PM bagi, budak sekolah pn dapat RM100 lg (xdengar pun pembentangan tu, sekadar tau-tau dr anaknya Manaf bdk ting5 yg terpaksa dengar sbb cikgu dia suruh)

Pekedai : Yelah baguslah….(dalam kepala, nasib baik td beli stok gula byk..esok trus iku rege baru naik 20sen)

Pak Harun : Eh bila bleh dapat duit tu ek? (kelihatan seolah ingin terus pergi ambil sebaik pembentangan tamat)

Mak Esah : Apalagi yea kita dapat?

Sani : Saya dapat RM250 sebab org bujang (tak kerja dah dekat 7 tahun, kerja yg ada mnyusahkan mak bapak dia je kt kampung tu)

Aku : Makcik Esah tau ke yang gula naik 20sen? Cukai keuntungan hartanah (RGPT) dinaikkan? Jumlah pendapatan utk PRIMA di naikkan ke 10k suami isteri?

Makcik Esah : glup…glup….ko lain lah keje kerajaan dpt bonus sebulan setengah….

Aku : erk???? Makcik esah tau petronas yg bkn kerajaan tu yang diluar bajet 2013 ni ,dia bagi staf dia 5,6 bulan bonus?

Makcik esah rebah dan kelihatan mati di kedai berkenaan……tetapi sebenrnya berpura-pura mati takut ade soalan dari aku lagi………………..

Itu petikan dialog realiti, yang mungkin anda boleh dengar, tidak kira kampung ataupun Bandar. Situasi bagus kerana mereka mengerti dan peka akan keadaan sekeliling, namun mungkin bagiku adalah mereka benar-benar sedar akan reality keseluruhan Malaysia ini?

Masyarakat Malaysia yang tak tahu apa-apa dan tiba-tiba jadi tahu, satu sahaja semuanya berkaitan DUIT dan kepentingan diri mereka sahaja. Pedulik apa dengan ekonomi naik turun, kementerian X dapat 15 biliion, Jabatan Y ditubuhkan bla bla bla….

Bajet sepatutnya dilihat dan difahami dari pelbagai aspek, bukan aspek kepada diri sendiri sahaja, walaupun hakikat sebenar semua yang dibentangkan adalah untuk diri kita juga, lambat atau cepat itu sahaja. Contoh kementerian Kerja Raya jika dapat 15 billion maka salah satunya utk tampal lubang yang macam gaung kat atas jalanraya yang kita dok lalu hari-hari tu.
Yup untuk kita… hei untuk kita….(erk ni lagu sleeq ke?..mana Najwa?)