Blogger Backgrounds

Sabtu, 17 November 2012

Menghitung dan Mengenang apa yang di tinggalkan misschronicz untuk di fikirkan


Terlebih dahulu aku ingat katakan bahawa aku bukan mencari populariti melalui trend kematian misschronicz untuk hit blog aku. Bagi yang mengerti dan mengikuti blog aku dari dulu hingga kini, aku menulis untuk menyampaikan rasa hati apa yang aku rasa dan hayati. Bukan sahaja mengenai arwah tetapi apa sahaja yang aku lihat dalam kehidupan keizinan tuhan ini.

Membaca nukilan yang di tinggalkan oleh misschronicz membuatkan aku terfikir dan berfikir, sebenarnya lama aku berfikir...sejak pemergianya lagi..

Adakah aku seorang pemikir yang sepatutnya berfikir?

Yea aku selalu berfikir apabila melihat sesuatu

Selalunya lebih kepada ragam manusia itu sendiri, kadangkala aku suka, kadangkala aku hairan dan adakalanya juga aku tahu mengapa begitu.

Aku membaca nukilan misschronicz secara tarikh dari belakang hingga ke hadapan. Terus terang aku katakan membaca nukilan arwah semakin dekat tarikh catatan arwah ke arah tarikh kematiannya, membuat aku sayu. Walaupun jelas di situ arwah tidak sedar akan penghampiran tarikh ia pergi selamanya. Ia sentiasa gembira seperti biasa, kita yang membaca pun sudah pastinya happy dengan nukilan beliau.

Sebagai orang yang pelik seperti aku (yea aku anggap aku pelik) kerana meminati sesuatu perkara dari Z baru ke A, aku suka terjadi baru mengapa terjadi.

Kembali berfikir hingga ke tarikh akhir beliau di blog 2 Jun 2012, masih lagi nukilan yang seperti biasa. Namun tanggal 3 Jun ketentuan segalanya.

Merasakan ke atas diriku…
Adakah aku juga menghitung hari sepertinya tetapi hanya di ketahui tuhan?
tahukah aku akan perjalanan tarikh akan datang?
Yang mana tarikh matiku? 18hb? 19hb? 20hb? Bila masa ini akan menjadi entry terakhir ku di sini..ohhh

aku juga seperti nya seorang blogger, yang tinggal mungkin blog ini..untuk tatapan dan pembacaan di masa akan datang dan terus di baca dan di baca

Aku harap semua orang yang aku sayang mengerti apa yang aku fikirkan...Corak manusia akan tetap sama tak perlu dikesalkan hidup pasti mati itu hakikat realiti

pemergian aku dalam kontek kecil sahaja bagi dunia manusia yang hidup ini namun kontek besar perlu di lihat dari perspektif diri sendiri.

Aku melihat misschronicz hidup untuk apa sahaja bagi umur sepertinya, skop mungkin cukup awal tetapi kesan mungkin ia besar.

Walaupun dia bukan pejuang ataupun tokoh agama tetapi bagiku ia telah menyedarkan aku mengenai kehidupan dan kematian

Sejauh mana ego manusia? Ya memang ego mahukah mereka menerima kenyataan bahawa kanak-kanak atau remaja mampu mengubah hidup seseorang? Tak perlu popular, tak perlu berilmu tinggi ataupun tak perlu berpegaruh untuk mengubah sesuatu. Aku telah lihat misschronicz telah mampu untuk itu tanpa disedari

Berkali aku katakan “Insan biasa yang mempunyai aura” yang telah berjaya mengubah ataupun sekurang-kurangnya menyebabkan kita berfikir berkenaan kematian walaupun dalam hidup yang membahagiakan ingatlah bila-bila masa kita boleh masuk gaung walaupun jalan di lalui penuh keindahan, jangan leka, ingat apa tanggungjawab kita kepada tuhan.

Aku berharap selagi kita mengingati nya mengenai kematian dan menginsafi kematian, maka selagi itu arwah mendapat pahala di sana

“Ya Allah ya tuhanku, engkau permudahkanlah segala urusan Yasmin di sana, engkau ampunilah segala dosanya, tempatkan ia di sisi orang yang beriman, engkau bahagiakanlah dia seperti mana kami melihat ia bahagia di dunia ini, Sesungguhnya insan ini telah mengingakan aku mengenai kebesaranMu dan tanggungjawabku kepadaMu serta kematian kepadaku.”

Ya aku mahu hidup dan terus hidup, namun bait-bait lagu ini menyangkal semuanya

Relaku menunggu mu, seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup ku kan selama ini
Biar berputar utara selatan
Ku tak putus harapan
Sedia setia...

Relaku mengejar mu seribu batu jauh lagi
Tapi benar kah kaki ku kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan
Tenang lah gelombang lautan
Ku masih setia

……………..

6 Komen:

YasminJHunwick berkata...

Salam sejahtera saudara Hyrul, yang menulis komen ini adalah ayah kepada arwah Yasmin. Sesungguhnya, di antara doa harian saya adalah supaya apa-apa peninggalan arwah anak saya (blog, kisah pemergian nya dsb.) menjadi tauladan serta manfaat kepada kita yg masih di beri nikmat kehidupan nie.....

Hari ni saya terbaca ttg seorang pelakon yg terkenal (Pierre) mengulas ttg "Anugerah yg paling besar adalah Laa illahaillallah, Muhammadar Rasullulah"

Oleh itu saya amat gembira kerana Saudara diberi Hidayah oleh yang Esa.... Alhamdulillah.

Yang membuka hati dan mencetuskan keimanan bukannya insan tetapi Allah SWT. Insya Allah.... saya mengharapkan dan berdoa supaya arwah anak kesayangan saya turut mendapat pahala kerana ada kaitan dengan perkara yang amat bermakna ini.

Saya berterima kasih atas penulisan saudara ini ...moga saudara Hyrul terus mendapat rahmatNya dan teruskan usaha ini (BerTabligh melalui Social Media).

Ya Allah, engkau cucurilah RahmatMu kepada Arwah anakku ....Yasmin. Al Fatihah.

Syimir Yunusi berkata...

kita ada satu persamaan. membaca dari belakang hingga ke depan. haha. btw, thanks for ur comment at my entry before.. i will do my best to complete this work.

adek berkata...

salam..sye bru hari ni terbaca mengenai arwah yasmin..dan sye ucapkan terima kasih kpd awk yg sanggup m'share' kan pengalaman bsama arwah mungkin..sbb kerna blog ne dan rakan2 anda yg lain..menguatkan lagi semangat sye ntk mengubah dan mperbaiki dri..entah..bkn xade yg menegur tp xckp kuat ntk hadapi situasi ble bhadapan dgn dunia luar..tp setelah mbca entri sahabat2 yg lain dan mengenangkan untuk ape kita dilahirkan jika bkn kerana beribadat dan bertaqwa kpd Allah..maka sye sesungguhnya insaf..ya Tuhan..terima kasih kerana menghidupkan sye smp hari ne kerana msh smpt ntk sye berubah..bertaubat..syukur dan terima kasih..alfatihah ntk saudari seagamaku..saudari yasmeen..sesungguhnya kehadiran anda wlupon sementara di dunia tp punya nilai yg teramat tgi disisiNya..insyaAllah...amin..

runnerseven7 berkata...

berubah tidak semsetinya bermula dengan yang besar...cukup sekadar berubah untuk jd yg lebih baik....mungkin itu terbaik utk kita....yg baik itu tetap baik...

Amir Aiman Akashah berkata...

kepelikan kita sama, membaca kisahnya dari Z ke A. sememangnya sangat rileks bila membaca coretan arwah....hilang sedikit kusut diminda.....byk tauladan dan pedoman yg arwah tgglkn diblognya bt kita semua.

Semoga arwah beroleh pahala ats 'jasa kecil' nya bt semua.

al-fatihah

Ismiey Iz berkata...

bermakna, bermakna sgt bermakna ..