Blogger Backgrounds

Ahad, 30 Disember 2012

Blog ini cerita aku.



Tetiba ada rakan bertanyakan kepada aku kenapa ber’blog’? Aku tersenyum memandang keluar tingkap. Banyak yang aku telah fikirkan sejak mula berblog dan sepanjang perjalanan aku berblog sehingga kini. Lama rasanya sekitar tahun 2009 mulanya segala perjalanan aku di blog ini. Mungkin tidak setiap hari aku berblog, akibat kekangan kesibukan dan otak aku yg kadangkala ‘hank’ akibat tugasan dunia.

Blog ini hampir 70% adalah menyamai diari peribadiku, mungkin 30% lagi terlalu sensitive untuk di dedahkan. Perlu di ingat dalam penulisan peribadi aku, aku ada diari-planner-blog. Tiga cabang penulisan aku. Saling melengkapi, mungkin di luar orang hanya memahami aku sekadar 70% sahaja. Aku terpaksa rahsiakan identity aku, takut di salah tafsir atau sebagainya yang boleh membataskan pergaulan aku. Aku mahu orang happy berkawan denganku.

Bagi pembaca blog aku, mungkin anda 99% tidak mengenali aku, blog aku adalah rahsia, aku tidak menghebahkan dikalangan rakan-rakan mahupun sesiapa sahaja. Anda yang membaca kini mungkin bertuah? oh terlalu angkuh mengunakan kata tersebut...aku lebih suka mengatakan terima kasih. Tahniah, membaca nukilan orang biasa yang biasa dan biasa sahaja dan juga, aku punyai hati dan perasaan sama seperti manusia lain.

Aku suka membaca blog sahabat blogger lain, dengan membaca blog aku dapat samakan ianya reality kehidupan manusia di luar sana. Mengetahui sesuatu bukan secara direct adalah lebih baik di blog, kerana peluah perasaan seperti rakan blogger lain, aku boleh jamin menyamai 90% truly from their heart, berbanding luahan bersemuka mungkin di batasi rasa malu atau pun lebih jelas sebagai ‘cover’.

Terima kasih kepada rakan-rakan blogger
Semenjak aku membuka blogger aku ke dunia luar aku dapat rasakan aku seperti berkongsi sesuatu di antara blogger2 di luar sana. Satu aku pegang apa yang aku tulis mungkin memberi menafaat kepada orang yang memerlukan. Dan yang penting ilmu ini milik tuhan jadi tidak salah memberi kepada insan lain

Itulah sebab aku berblog wahai kawanku………….

Sabtu, 22 Disember 2012

Lagu Terindu

bila dengar lagu ni aku rasa terindu..semalam melalui Lebuh Raya Utara Selatan sekitar jam 12tghmalam, berkumandang lagu ini...Merupakan salah satu lagu terindu aku, serius sedih , rasa tu memang datang tiba-tiba..biarlah ia di situ....

Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa di cintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu, dengan hidupmu

Telah lama kupendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku, bahagia untukku

Ku ingin kau tahu
Diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu
Hingga ujung waktuku

Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja


Rabu, 19 Disember 2012

Aku bz aku bz BUILT A KITTY rite now

cian dia tgh nak pakai baju baru

2 minggu kebelakangan ni aku bz sangat, ulang alik pi KL menguruskan benda ni. Actually bagi orang yang tak tahu meh aku terangkan serba sedikit dengan bahasa zaman sekarang.............

I built a kitty....yup kitty kucing....meow meow.....

Dunia modifikasi aku sangkakan dh pencen namun hakikat bukan mudah (cewahh cm malek plak), inilah dia hasil modifikasi terbaru.....Membina sebuah jentera bertemakan hello kitty....

hopelly bleh jd cam jai kitty ni....

Rabu, 12 Disember 2012

Novel?

aku sebenarnya bukan kaki novel, aku membaca tetapi lebih kepada biografi, sejarah dan kereta. Membaca yang aku suka untuk mengenali orang. Namun novel aku anggap sebagai suatu layanan perasaan yang kurang fakta tetapi sekadar fakta melayan perasaan. Maafkan aku jika peminat novel tidak suka akan statement aku ini. Bagi aku setiap minat manusia lain harus di hormati. Aku tetap hormati minat orang lain. Cuma bagi kes ini aku memang xsuka baca novel tetapi bukan bermakna membencinya

Membaca blog Ashabul Yameen, aku seakan berminat kepada apa yang bakal di hasilkannya, yea kisah insan yang aku ingin tahu sangat apa aura semasa hayatnya. Harap sangat hasil ini siap dan dapat memahaminya.

Buat Ashabul Yameen jangan di risaukan mengenai berapa banyak cetakan, biar sedikit tetapi berkualiti, yang penting niat anda itu. Mengenai tajuk juga jangan di risaukan ada banyak tajuk-tajuk sesuai yang boleh digunakan. Aku memberi cadangan 'Jauh kau Terbang' @ 'Kedamaian di sana' @ boleh ambil dr blog arwah perkataan yang unik yang pernah beliau gunakan.

Sekadar Pandangan.. Tahniah saudara Ashabul Yameen

 teringat pulak aku lagu ni.....
Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Ingin kulupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu oh bintangku


Jauh kau pergi meninggalkan diriku
Di sini aku merindukan dirimu
Kini ku coba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu oh kekasih


Jauh kau pergi meninggalkan diriku
Di sini aku merindukan dirimu
Kini ku coba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu oh kekasih


Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Ingin kulupakan semua tentang dirimu

Namun tak lagi kan seperti dirimu oh bintangku
Jauh kau pergi meninggalkan diriku
Di sini aku merindukan dirimu
Kini kucoba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu oh kekasih

Selasa, 11 Disember 2012

Aku melihat bayangan



Hujung minggu lepas, di mana aku nk mula cerita ek, kalu bersemuka senang bercerita..uhh aku cuba…Aku tak tahu, tapi aku sedar…

Pernah tak korang dari alis mata terperasan sesuatu memerhati korang dari jauh or dari satu sudut? Dan bila toleh tepat tiada seperti di sangka? Fahamkah korang? Atau aku terpaksa menggunakan bahasa Sanskrit bagi korang faham? Ahhh fahamlah fahamlah….fahamlah jugak kan…

Yea perkara ini berlaku dimana-mana termasuk kedai yang aku pergi, sehingga kan tong gas pun aku sangka orang memerhati aku, ciss ko upenyer tong gas woiii..Apa yang sedang berlaku dengan aku ni????

Kejadian ini berulang-ulang kali berlaku, pernah gak jadi dedulu tapi setakat sekali le dlm setahun, tapi aku mengalaminya hujung minggu lalu berkali-kali…siapa yang memerhati aku itu?

Mungkin hanya perasaan aku sahaja, memang tiada penjelasan saintifik…nak wat report polis pun xde bukti….Cuma mungkin sekadar mencabar otak kea rah urat-urat yang masih belum di gunakan kot…yea think positif….

Isnin, 10 Disember 2012

Back From Family Day

Yes telah berlangsung dengan jayanya di Desaru. Macam biasa tradisi bila berfamily day adalah sukaneka dan Makan malam yang semestinya acara membakar binatang aka BBQ. Emm bagi aku biasa je..rasa lain plak menghadiri family day ni. Jawapan mudah.com.my…yea mereka semua dh tahap abg-abg dan pakcik-pakcik aku je….keluarga pun dah besar. Sedangkan aku pehhh bujang lagi beb…uh adakah aku salah club atau aku memang salah pilih jentera. Kedua-dua nye mungkin.

Dlu masa jentera lama semua bleh dikatakan sebaya, gila-gila pun sama, kalu kawen pun baru anak sorang or berdua itupun kecik-kecik lagi.

Ternyata masa telah lama berlalu. Aku yang patut berubah…oh bila lah…..














Selasa, 4 Disember 2012

Melintasi Garis Roadblock JPJ


Badan beruniform ini merupakan musuh aku dijalanan, seperti kucing dan tikus dahulukala... maka samalah seperti aku di atas jalanraya. Mungkin ramai telah tahu bahawa aku seorang kaki modified kete tegar, specialise aku adalah bodypart, namun agak pelik kerana aku tidak berminat mengenai bab enjin.

Setelah menggunakan jentera tegar aku sejak di fully convert pada tahun 2008, akhirnya Rabu 28 Nov 2012 aku merentasi roadblok JPJ, itupun di sebabkan xsempat nak menggelak. Redah terpaksa. Namun agak pelik kerana aku tidak merasa apa2 ketakutan.

Tiba digarisan keramat, aku di tahan, pegawai bertugas terus memerhati muka depan jenteraku, kemudian dia beralih ke tempat pemandu sambil melihat ke arah papan pemuka jenteraku. Beliau meminta lesen. Dalam hati.... biasa nya jika perkara permintaan lesen berlaku, pegawai berkenaan akan menyuruh kereta diberhentikan ke tepi untuk TINDAKAN.

Beliau kembali melihat ke muka depan kereta serta melihat raodtax, rakan beliau berhampiran mencebik memanggil nama beliau, menandakan bahawa kereta aku memang dia berminat. Legaa akhirnya pegawai yang memegang lesen aku menyuruh aku jalan dan memulangkan lesen. Dengan pantas aku mengucapkan terima kasih 7 harkat panjangnya.

Legaaaaaa...pastu baru rasa darah kering.......tapi lepas alhamdulliah....