Blogger Backgrounds

Selasa, 28 Februari 2012

Adnan SEMpit 2 : Review dari Kataku





Semalam berkesempatan menonton filem ini, patutnya menonton masa opening, tetapi di sebabkan beberapa rakan mempunyai hal-hal tertentu maka ia tertangguh sehingga ke semalam. Bukan tak boleh pergi sendiri, bagiku kalau nak menonton film komedi ni kena pergi berkawan baru seronok untuk gelak sehingga tanpa kawalan.



Sedikit komen dari apa yang aku tonton, film ini cuba menarik populariti dan jalan cerita dari adnan sempit 1. Memang aku sedia maklum bahawa ini sambungan dari filem terdahulu. Memang pecah panggung pun. Tetapi aku menonton ingin menyaksikan sesuatu kelaian dari film terdahulu bukan 100% tetapi walaupun 40% kelaian jalan cerita dan lawak sudah memadai.


Aku mengambil masa agak lama dari permulaan mencari punch line bagi yg aku istillah lawak. Memang susah. Berpusing-pusing legar jalan cerita di situ juga. Aku tau untuk lawak memerlukan sesuatu yang bodoh, tetapi tidak bagi di scene2 tertentu dalam adnan sempit.


Secara keseluruhan 2 bintang dari 5 ku berikan kepada cerita ini. Lawak yang aku bleh kumpulkan adalah percakapan bahasa inggeris pasar, perbuatan sedikit, memek muka sedikit, yang lain tiada. Adnan sempit masih terikut cerita lama.


Tapi judge sendiri dengan menonton film ini. Adnan sempit 1 lagi best sebab ia lagi fresh.....