Blogger Backgrounds

Isnin, 19 Mac 2012

Anda bukan pakar tetapi anda boleh berkata tetapi kata tidak boleh membina realiti tanpa pakar

Dalam dunia yang dipenuhi manusia ini di setiap pelusuknya, ada berbagai-bagai manusia sebagai contoh mahir dalam perniagaan, kejuruteraan, pertanian dan bermacam-macam lagi kehebatan manusia. Yang jelas mereka semua mempunyai otak yang boleh berfikir. Bait ayat “ anda boleh tahu banyak perkara tetapi anda tidak boleh mahir dalam semua perkara” Jelas manusia hanya boleh pakar dalam suatu atau 2 perkara sahaja. Dari kemahiran ini lahirlah kata-kata, berbagai kata-kata sehingga di jadikan sumber aspirasi dan kebanggaan tamadun manusia itu.

Namun kata-kata seseorang itu tidak mampu menjadikan dia mahir dalam perkara yang diperkatakan. “Membina Negara hendaklah dimulakan dengan modal isnan yang cemerlang” tetapi adakah penutur mampu melahirkan insan cemerlang itu? Oleh kerana kekangan kemahiran yang boleh dimahirkan si penutur itu maka bagi menjayakan katanya perlu ada insan lain yang merealisasikannya. Boleh juga diperkatakan bahawa manusia ini bercakap tak serupa bikin.

Jadi apabila kita mendengar seseorang manusia bercakap dengan gah nyer, maka harus anda berfikir….berfikir…..mampukah dia? Tidak!!!! orang lain yang akan realisasikannya.Jadi hati-hati apabila bercakap, ada manusia seperti aku diluar sana akan menilainya dan aku juga penting dalam katamu……