Blogger Backgrounds

Khamis, 12 April 2012

Daulat Tuanku yang ke-14


11 April 2012 Rabu kata mudah ialah cuti.


Duk umah diam-diam tanpa bergerak, berehat konon nyer. Semangat berehat akhirnya menjadi kebosanan yanga amat bosan. Pehh azab aku duk umah hari ni. Esok tak sabar nak pi keje.

Hari ini pertabalan Yang Di Pertuan Agong yang ke 14 Tuanku Abdul Halim Mu”adzam Shah di Istana Negara Jalan Duta buat pertama kalinya mengadakan majlis pertabalan ini. Aku sempat menonton siaran langsung upcara ini. Melihat gelagat manusia di dalam istana serta raja-raja melayu dari negeri lain yang hadir pada majlis ini.





Ada 2, raja melayu yang pernah aku lihat mereka secara live iaitu Raja Pahang, Sultanah Pahang dan Raja Perak kedua-keduanya bukan pada majlis rasmi. Sempat juga mengenal perihal sikap raja Pahang yang begitu perihatin dengan masalah rakyat di negerinya. Yang aku pernah terdengar, Raja Pahang ini suka bersalaman sengan orang, sehingga jika ada majlis rasmi melibatkan diantara raja, dia yang paling lewat duduk di kerusi VIP sebab sibuk nak salam dengan semua tetamu, dan di sahkan pada majlis siaran langsung pada hari ini., tapi xlah sampai lewat duduk di kerusinya, bab salam tu tetap ada. Respek dengan tuanku sebab dia yang hulur dan mendapatkan orang yang dia nak salam bukan orang yang datang kepadanya. Itu bukti mudah sikap tuanku.


Bagi Sultan perak, aku pernah jumpa dalam kete tanpa escort dan tanpa tinted...camne? kita org biasa ni pun nak tinted kete tahap cat hitam cermin...sekali Sultan negeri xde tinted daa kete...mau tercekik tengok.


Berbalik kepada Agong baru yang mencipta byk sejarah diperlantikkan baginda, pertama guna istana Negara baru, dan kedua Perdana Menteri dari keluarga yang sama. Itu sejarah sahaja, namun catatan sejarah yang lebih penting adalah perjalanan 5 tahun yang mendatang. Daulat Tuanku.