Blogger Backgrounds

Isnin, 23 April 2012

Sepagi di Lot Lelongan Kereta



Dah banyak kali aku pergi ke tapak lelongan ini, tetapi aku bukanlah pembida. Hanya keseronokan melihat kereta-kereta yang di lelong. Perlu di fahami rata-rata kereta yang berada di tapak ini adalah dilelong oleh bank. Perkataan mudah “kete kena tarik”. Bank melelong pada garis harga pasaran kereta berkenaan atau berapa lagi hutang owner lama di bank. Yang sah apabila kereta mereka di sini, owner lama telah diblackklist statusnyer. Sedih juga melihat kebanyakkan owner lama adalah melayu. Apa boleh buat hanya mampu membaca setiap geran kereta berkenaan dgn tawadok....

Ada 2, 3 kereta yang aku rasa berbaloi untuk dibeli pada hari ini, namun di ingat kembali, aku datang hanya untuk melihat. Lama dah aku terfikir dalam hasrat ini untuk membeli dan membuat sebuah dua kereta sewa. Memandangkan aku bekerja di kalangan pelajar university maka pasaran itu ada. Tunggulah insyaalllah 2 atau 3 tahun lagi mungkin kewangan mengizinkan. Ingat impian bermula dengan anganan dan pastikan ia berakhir dengan kenyataan hehehehhe.

Melihat pelelong melelong kereta aku di sapa oleh pembida no 509 sorang cina yang begitu ramah berbual denganku dengan memberi sedikit pengalamannya sepanjang membeli kereta lelong. Aku yakin dia merupakan pembeli kecil-kecilan berdasarkan perbualan kami. ‘Beli satu bikin sedikit kemudian jual untung lah skit’ ujarnya.

Aku berlalu apabila selesai lelongan semua kereta.