Blogger Backgrounds

Isnin, 7 Mei 2012

Berani Punya Budak



Sabtu lepas aku berpeluang menyaksikan filem ini, memang aku biasanya akan teruja dengan filem-filem Afdlin Shauki. Mempunyai genre lawak yang berbeza dengan pengarah lain. Namun filem ini membuatkan aku begitu kecewa dengannya, apa sudah jadi? Filem yang aku rasakan tak layak menerima walau 1 bintang pun dariku. Memang semua tak kena dengan filem ini. Pelakon dan perjalanan cerita yang entah apa2. Cuba membuat filem beraksi flash back dari penceritaan tetapi aku lihat tiada kekuatan langsung, cerita tidak jelas, nak ke mana jalan cerita pun tak jelas. Selepas itu cuba membuat pergerakkan mulut seolah-olah alih bahasa (mungkin afdlin teringat cerita salmonella yang dibuat nyer dahulu) tetapi kesilapan mudah timbul iaitu menggunakan suara yang sama bagi 3 ke 4 watak, jadi penonton gagal membezakan watak di tambah pula siapa yang bercerita (pd polis semasa di soal siasat) atau bahasa real action pelakon dipaparkan?

Terus terang aku kecewa dengan filem nye kali ini. Aku sanggup korbankan tayangan the Avenger demi lawak afdlin tetapi hampa. Mungkin akan datang aku akan fikir 5 kali menonton filem nye.

Mamat Khalid hope anda xakan menggecewakan aku untuk filem anda akan datang kerana aku masih menaruh harapan tinggi mutu lawak anda, jangan hilangkan keyakinan aku seperti filem Afdlin.

Aku memang kecewa.